Tuesday, August 29, 2006

iklan sebelum cerita the band that couldn't make it

Ada satu hari tu. Dalam Sabtu minggu lepaslah, saya sedang bersemangat belajar bahasa aturcara di dalam kelas separuh masa saya.

Lepas tu, cikgu saya suruh pergi "patah" sampai pukul 6 petang. Nak jadi cerita, sebelum tu, saya lewat masuk jadi saya tak dapat
komputer untuk buat aturcara bahasa hari tu. Takpelah, saya tak kisah pun tak dapat komputer sebab saya banyak duit,sebab tu saya dah beli laptop sebiji untuk diri saya demi mengejar sengenggam ijazah.Saya nak ceritakan apa sebenarnya ni?.

Balik kepada kejadian, disebabkan laptop yang saya pakai tu tiada sambungan kepada jaringan luas sedunia, jadi masa dalam tempoh "patah" yang cikgu bagi tu saya pun gunalah komputer yang berada di depan meja saya dimana komputer tu digunakan oleh orang lain semasa tengah kelas. Alah, saya guna
bukan nak lama pun cuma nak periksa kandungan surat elektronik saya dengan ushar forum kesayangan saya iaitu geng jurnal jek.

Sedang saya leka mengushar line internet, tiba-tiba orang yang pakai komputer tu pun datang belakang saya. Saya pun buat bodoh ler,sebab kelas pun tak mula
lagi, tiba-tiba orang tu boleh mengeluarkan kenyataan berikut " Laptop takde internet ker?" tanpa memandang kepada muka saya.

Saya pun apalagi, benganglah juga, apa ingat saya kebulur sangat nak pakai komputer dia tu?. Dahlah komputer dalam lab bukan komputer yang dia beli, komputer lab tu pun bukan bapak dia yang belikan.

Saya bukanlah nak melenting ker apa ker cuma apa salah ker saya gunasama hak awam?.

Tiba-tiba lak orang tu "bunyi"kan saya macam komputer tu dah ada "sandblast" nama dia pulak.

Saya pun tanpa buang masa terus melancarkan serangan balas, pantang tok nenek Linus Trovalds kena kotak katik.

Apa yang saya buat?.

Saya pun bangun dari tempat duduk sambil mencarut-carut dalam hati dan terus tulis entri ni dalam notepad. Nanti hari baik saya load masuk dalam blog. Sekian.

9 comments:

asriey said...

macam2 orang kat dunia ni..sabar je la..

Amanitium Cho said...

haha, anda bersabar dan menggunakan diplomasi. tentunya anda boleh menggantikan mahatma gandhi. haha.

Unknown said...

serangan balas itu, sangatlah sopan, tahniah... :)

Unknown said...

serangan balas itu, sangatlah sopan, tahniah... :)

Pegawai Khalwat said...

Provok lagi.

"Laptop takde internet ker?"

Maka ayat ini akan terngiang-ngiang di kepala hang macam setan menghasut cucu-cucu Adam.

ayobkelubi said...

asriey : sabar jek lah ek?

besi psiko : mathmat gandhi?.hishhh.. :)

comel yg kenit : mekaseeeyyy!

ayobkelubi said...

khal : tu ler.aku ingat setan gagal lah hari tu. :)

mama tinie said...

fuyoooooo,

template baruu siottttt...ade gamba awekkss siottt, kaler cekelat ta*k siottttt...uihh canggih ...canggihhh..aku jelessssssssssssss

13may said...

salam lawatan yang pertama:)

sebenaqnya dia jeles ngan laptop hang tuh....