Ada satu hari tu. Dalam Sabtu minggu lepaslah, saya sedang bersemangat belajar bahasa aturcara di dalam kelas separuh masa saya.
Lepas tu, cikgu saya suruh pergi "patah" sampai pukul 6 petang. Nak jadi cerita, sebelum tu, saya lewat masuk jadi saya tak dapat
komputer untuk buat aturcara bahasa hari tu. Takpelah, saya tak kisah pun tak dapat komputer sebab saya banyak duit,sebab tu saya dah beli laptop sebiji untuk diri saya demi mengejar sengenggam ijazah.Saya nak ceritakan apa sebenarnya ni?.
Balik kepada kejadian, disebabkan laptop yang saya pakai tu tiada sambungan kepada jaringan luas sedunia, jadi masa dalam tempoh "patah" yang cikgu bagi tu saya pun gunalah komputer yang berada di depan meja saya dimana komputer tu digunakan oleh orang lain semasa tengah kelas. Alah, saya guna
bukan nak lama pun cuma nak periksa kandungan surat elektronik saya dengan ushar forum kesayangan saya iaitu geng jurnal jek.
Sedang saya leka mengushar line internet, tiba-tiba orang yang pakai komputer tu pun datang belakang saya. Saya pun buat bodoh ler,sebab kelas pun tak mula
lagi, tiba-tiba orang tu boleh mengeluarkan kenyataan berikut " Laptop takde internet ker?" tanpa memandang kepada muka saya.
Saya pun apalagi, benganglah juga, apa ingat saya kebulur sangat nak pakai komputer dia tu?. Dahlah komputer dalam lab bukan komputer yang dia beli, komputer lab tu pun bukan bapak dia yang belikan.
Saya bukanlah nak melenting ker apa ker cuma apa salah ker saya gunasama hak awam?.
Tiba-tiba lak orang tu "bunyi"kan saya macam komputer tu dah ada "sandblast" nama dia pulak.
Saya pun tanpa buang masa terus melancarkan serangan balas, pantang tok nenek Linus Trovalds kena kotak katik.
Apa yang saya buat?.
Saya pun bangun dari tempat duduk sambil mencarut-carut dalam hati dan terus tulis entri ni dalam notepad. Nanti hari baik saya load masuk dalam blog. Sekian.
Tuesday, August 29, 2006
Wednesday, August 23, 2006
the band that couldn't make it
Salah satu "cover" album oleh sebuah "band rock" yang terkubur sebelum masanya.
Nantikan kisah ini. Di kaca monitor anda, walaupun anda berada di kawasan paling ulu banat sekali pun. Nantikan ia!.
Wednesday, August 16, 2006
adoi
Walaupun Liverpool menang dengan pasukan jutawan warna biru tu tapi aku kecewa.
Aku tak dapat nak beraksi dengan Steven G untuk Champions League nanti. Kecewa betul aku.
Tiga kali lutut aku berbunyi semalam masa nak hantar bola kat Ezra. Balik dari rumah, berdenyut tak ingat. Alih-alih bawa pergi berurut.
Pergh!, dia punya sentap tak ingat bang.
Maafkan aku Steven G, aku tak dapat beraksi bersama kau.
Kecewa betul!.
Tuesday, August 15, 2006
putus
Barangkali akalnya sudah putus.
Barangkali matanya sudah buta.
Barangkali lidahnya sudah melecur.
Barangkali hidungnya sudah rompong.
Sebab itulah. Sebab itulah dia semakin merepek dan terus merepek berterusan merepek.
Kesian. Nak buat macam mana lagikan?.
Monday, August 07, 2006
Buang taksub itu jauh-jauh
Kalau tengok setakat untuk isi masa lapang sahaja tak boleh kah?. Ini sampai jatuh kepada taksub sangat kenapa?.
Dah berlambak sangat ke duit tu sampai sanggup buat apa saja?. Ya, dunia zaman sekarang ialah zaman duit.
Jadi?.
Bukan apa, ini tahun dua kosong-kosong enam.
Masih ada lagi yang berteduh di bawah kotak pembungkus televisyen 42" yang dijumpai di tempat pembuangan sampah.
Masih ada lagi yang gigih membasuh pinggan mangkuk di waktu dinihari demi sesuap nasi untuk memastikan keturunannya tidak bersambung akan nasibnya.
Masih ada lagi yang bercekang mata, mengelap daun pisang untuk dijadikan pembungkus untuk jualan esok hari dengan doa agar mencukupi untuk mengharung kehidupan.
Masih ada lagi yang gigih menjinjing bakul, mengharapkan seringgit dua bertukar tangan untuk juadah yang tidak seberapa, agar dapat dijadikan belanja membeli ilmu berguna.
Sedangkan aku amat-amat "rock" pun mampu menitiskan air mata melihat kesengsaraan mereka. Tidak mahukan kau menitiskan air mata bersama aku?.
Sudah-sudahlah dengan dunia itu. Tidakkah kau dulu pernah mengalami kepayahan itu. Apakah kau pasti kesenangan itu diredhaiNya?. Jangan kau terlalu bermegah.
Bukan. Aku tidak menentang. Itu memang hak kau untuk terus-terusan menjadi taksub cuma aku minta bukalah sedikit mata kau. Lihat sebagaimana burung melihat bukan sekadar menjadi ayam yang mematuk-matuk.
Barangkali kalian tidak kenal aku tapi anggaplah aku sebagai sahabat. Sahabat yang satu untuk menyedarkan kalian dan juga diri aku sendiri, bahawa ada lagi yang masih dibawah sana. Nun jauh di bawah sana untuk bangkit mengharung masa depan.
Thursday, August 03, 2006
Rasakan
Hahahahaha.
Aku ingat memang kena buang ah banner SelangorFC kat tepi tu.
Tahun ini memang tahun penuh celaka untuk Selangor FC.
Penat aku pergi stadium sekali-sekala, terjerit-jerit sokong.
Sebab tak dapat duit. Semua main macam haram jadah.
Apa kau ingat duit tu boleh rasuah malaikat jaga pintu syurga?.
Aku sokong sangat dengan kenyataan Menteri Besar hari ini.
Rasakan!. Apa korang ingat penyokong yang datang stadium tu pakai air kencing sahaja isi dalam kereta, bas, motor, van
Rasakan!. Apa korang ingat penyokong yang datang stadium mencekik burger separuh tapi mahal nak mampus tu bayar pakai bulu ari-ari sahaja?.
Rasakan!.
Harap-harap barisan muda Selangor akan datang berjaya membawa perubahan. Ingat jangan main kerana duit sangat!.
Pergi mampus ah Selangor FC!.
p/s : Tahun ni aku ingat nak sokong Telekom Melaka ler. Boleh?.
+++
Nak pantau blog internet semata-mata kerana ada pihak pembangkang bukak blog? ataupun takut dengan bayang-bayang sendiri?.
Serius aku tak faham ah. Kenapa dulu tak kecoh-kecoh sangat benda ni.
Jangan jadi macam Amerika beb!. Paranoid Android making me sick!.
Wednesday, August 02, 2006
template
Its ten percent luck,
Twenty percent skill,
Fifteen percent concentrated power of will,
Five percent pleasure, fifty percent pain,
And a hundred percent reason to remember the name
My name is __________
The end is coming next to your doorstep. Watch out.
Subscribe to:
Posts (Atom)