Monday, August 07, 2006
Buang taksub itu jauh-jauh
Kalau tengok setakat untuk isi masa lapang sahaja tak boleh kah?. Ini sampai jatuh kepada taksub sangat kenapa?.
Dah berlambak sangat ke duit tu sampai sanggup buat apa saja?. Ya, dunia zaman sekarang ialah zaman duit.
Jadi?.
Bukan apa, ini tahun dua kosong-kosong enam.
Masih ada lagi yang berteduh di bawah kotak pembungkus televisyen 42" yang dijumpai di tempat pembuangan sampah.
Masih ada lagi yang gigih membasuh pinggan mangkuk di waktu dinihari demi sesuap nasi untuk memastikan keturunannya tidak bersambung akan nasibnya.
Masih ada lagi yang bercekang mata, mengelap daun pisang untuk dijadikan pembungkus untuk jualan esok hari dengan doa agar mencukupi untuk mengharung kehidupan.
Masih ada lagi yang gigih menjinjing bakul, mengharapkan seringgit dua bertukar tangan untuk juadah yang tidak seberapa, agar dapat dijadikan belanja membeli ilmu berguna.
Sedangkan aku amat-amat "rock" pun mampu menitiskan air mata melihat kesengsaraan mereka. Tidak mahukan kau menitiskan air mata bersama aku?.
Sudah-sudahlah dengan dunia itu. Tidakkah kau dulu pernah mengalami kepayahan itu. Apakah kau pasti kesenangan itu diredhaiNya?. Jangan kau terlalu bermegah.
Bukan. Aku tidak menentang. Itu memang hak kau untuk terus-terusan menjadi taksub cuma aku minta bukalah sedikit mata kau. Lihat sebagaimana burung melihat bukan sekadar menjadi ayam yang mematuk-matuk.
Barangkali kalian tidak kenal aku tapi anggaplah aku sebagai sahabat. Sahabat yang satu untuk menyedarkan kalian dan juga diri aku sendiri, bahawa ada lagi yang masih dibawah sana. Nun jauh di bawah sana untuk bangkit mengharung masa depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Don, terima kasih atas pos yang membuka mata ni.
Post a Comment