Monday, July 10, 2006

kuasa

Bila hendak memulakan sesuatu cerita untuk blog hari ni, selalunya pasti akan tersangkut di otak. Apa yang dirancang mesti tersangkut. Macam sekarang ni lah. Masa dalam kereta nak ke pejabat, dalam kepala otak dah ada benda nak ditulis. Alih-alih kena delay sikit dengan kerja terus lupa isi kandungan dalam otak untuk di pindah turun dalam blog.

Macam mana ek, mereka-mereka yang hari-hari ada sahaja benda nak dituliskan malah siap boleh buat yang membacanya gelak guling-guling, sedih melahu, termenung panjang memikirkan kebenaran paling tidak mampu menerbitkan rasa obsesi.

Apa kuasa yang mereka ada ek?.

"May the force be with you?"

Tulis panjang-panjang takut kepuasan yang di capai pendek sahaja jadinya, tulis pendek-pendek takut yang membacanya memanjangkan cerita. Hahaha.

Barangkali ilmu aku tidak cukup kuat lagi untuk menimbulkan kuasa supaya aku jadi lebih berpengaruh!. Hahaha lagi.

Mungkin sekarang ini musim hujan gamaknya. Gamaknya.

3 comments:

Amanitium Cho said...

haha, kau mahu pengaruh juga ke? samalah aku. haha. bila la dia orang nak mengundur diri ni. haha.

Zack said...

Hah? Nama aku pun terpalit sekali ke? Halamak! kena tukar taktik ni...

ayobkelubi said...

logam : barangkali masa kita akan sampai jua.barangkali

zack : ala sekali-sekala ko kena percikan api glamour.tak nak ker?.huehueheu