Friday, July 28, 2006

Cobak


This is a test.

Written using Perfomancing by Firefox Mozilla version 1.5.0.4

Hahaha.

Forget about login into Bloody blogger. Hahaha

Thank you very much.

Wednesday, July 26, 2006

sejuk

Sabtu minggu lepas masa tengah kelas Matematik Diskrit sangat tu. Ida duduk sebelah aku.
Macam biasa, dia datang pakai selipar jamban warna pink. Aku memang tak gemar sangat tengok selipar jamban warna pink. Rasa macam...eeeeiiiiii. Hahaha.

"Sian selipar aku nie, dah haus".

Aku tengok Ida.

"Haus?, apasal kau tak kasi minum?"

Ida senyum kelat. Rasanya dia macam nak ambil selipar tu sumbat dalam mulut aku. Aku cepat-cepat offer gula-gula getah.

+++

Takde motif kan cerita di atas?. Aku nak buat entri pendek tapi puas macam Bang Naga tapi masih tak jadi-jadi lagi!. Tekanan betul!.

Friday, July 14, 2006

hilang

13 Julai 2006

Geng Jurnal kehilangan seorang blogger yang aktif.

Dia telah bersemadi mengadap yang Maha Esa.

Doakan rohnya semoga dicucuri rahmat

Al-Fatihah

Tuesday, July 11, 2006

tanduk




Ya, walaupun Italy menang Piala Dunia dan aku suka sangat tapi penghargaan yang paling sepatutnya di beri kepada mamat kat atas ni. Walaupun diakhiri dengan sejarah hitam yang akan di ingati semua peminat bolasepak tapi dia adalah salah satu pemain terbaik yang pernah dilahirkan. Dia layak duduk sebaris dengan Pele, Maradona, Backenbauer serta semua jeneral-jeneral bolasepak terbaik.

Apa-apahalpun gua memang salute lu zidane!.

Baca : The lifes of Zinadine Zidane

Terima kasih Tok Rimau untuk URL ni.

Monday, July 10, 2006

kuasa

Bila hendak memulakan sesuatu cerita untuk blog hari ni, selalunya pasti akan tersangkut di otak. Apa yang dirancang mesti tersangkut. Macam sekarang ni lah. Masa dalam kereta nak ke pejabat, dalam kepala otak dah ada benda nak ditulis. Alih-alih kena delay sikit dengan kerja terus lupa isi kandungan dalam otak untuk di pindah turun dalam blog.

Macam mana ek, mereka-mereka yang hari-hari ada sahaja benda nak dituliskan malah siap boleh buat yang membacanya gelak guling-guling, sedih melahu, termenung panjang memikirkan kebenaran paling tidak mampu menerbitkan rasa obsesi.

Apa kuasa yang mereka ada ek?.

"May the force be with you?"

Tulis panjang-panjang takut kepuasan yang di capai pendek sahaja jadinya, tulis pendek-pendek takut yang membacanya memanjangkan cerita. Hahaha.

Barangkali ilmu aku tidak cukup kuat lagi untuk menimbulkan kuasa supaya aku jadi lebih berpengaruh!. Hahaha lagi.

Mungkin sekarang ini musim hujan gamaknya. Gamaknya.