Satu ketika dulu. 1995
Sek Men Maxwell.
Enchot datang jumpa aku.
"Beb, tolong aku beb!" Muka Enchot cemas.
"Apahal?".
Enchot cerita dengan aku, "secret admire" dia merajuk. Enchot usik-usik manja ala-ala kutuk, konon nak menambah mesra. Alih-alih "secret admire" merajuk bagai.
Jadinya. Enchot panik, tak tahu nak buat apa.
Kiranya Enchot anggap aku macam konsultan cinta dia. Cheh betul!.
Aku bagi idea, beli coklat, kononnya sebagai hadiah pujuk. Enchot teruja dengan idea tu.
Esok pagi. Enchot datang dengan muka panik lagi.
"Secret admire aku mengamuk lagi, tak makan pujuk, dia tak suka coklat!".
Aku pelik, tanya Enchot.
"Kau bagi coklat apa?".
"Errrr,aku bagi DingDang sekotak, dalam tu dapat permainan percuma sekali, jimatkan?".
Aku tepuk dahi. Alahai Enchot!
Wednesday, June 28, 2006
Wednesday, June 21, 2006
hari ini ah woi!
Hari ni hari lahir aku. Ikutkan aku nak tampal surat beranak aku dalam ni tapi blogger buat hal pula. Kedondong betul blogger ni sekarang kan?.
Bengang!
Apa-apa hal pun, Aku dah tua!. Hehehe.
Bengang!
Apa-apa hal pun, Aku dah tua!. Hehehe.
Friday, June 16, 2006
aku,televisen dan alat kawalan jauh.
Masa duduk Bukit Aman dulu, seingat akulah, pertemuan pertama dengan televisen ni masa umur 5 tahun kot. Ya, bapak bawak balik tv jenama Toshiba. Kecik. 14 inci kot?.
Berebut aku dengan adik, berlumba tukar siaran. Masa tu TV3 tengah hot. Masa tu mana Astro bagai ni.
Ketaksuban aku terhadap tv memang tinggi, sampai aku pernah mengamuk bila bapak aku tutup kemudian paksa aku baca sifir 2 sampai 12 belakang pintu bilik aku. Baca kuat-kuat sampai satu aras boleh dengar. End up, aku kena sebat dengan mak sebab aku debik adik. Nak debik bapak aku tak berani. Hahaha. Samseng betul.
Aku masih ingat lagi bapak aku selalu cakap.
"Ala abang, cerita ni semua nanti kau dah besar dia ulang-ulang jugak". Mula-mula aku tak nak percaya. Mana boleh orang tu berlakon sampai dia tua.
Bila dah besar. Betul lah bapak aku cakap. Cerita arwah P.Ramlee berapa ratus kali dah main kat tv. TV1,TV2,TV3, Astro Ria. Betul. Hidup ini memang macam roda.
Sekarang bila aku ulang balik skrip bapak aku dekat anak-anak saudara, mereka balas balik dengan skrip aku juga. Aku boleh sengih jer lah.
Eh, apa ni?. Aku nak cerita rancangan wajib tonton aku dari hari Isnin sampai Khamis sebenarnya. Cerita yang aku suka tengok sambil tekan-tekan remote ke rancangan lain bila iklan. Hehehe.
Isnin - Prison Break
Selasa - CSI :NY
Rabu - CSI :Vegas
CSI: Miami
Khamis - : Supernatural.
Itulah dia, aku,televisen dan alat kawalan jauh cuma tv Toshiba tu dah takde. Jahanam masa aku bawak duduk rumah bujang.

Thursday, June 15, 2006
betul ker?.
Aku jalan-jalan baca blog tadi. Singgah blog mamat yang kerja kat Brunei ni. Apa yang aku baca adalah amat memeranjatkan.
They say in legal circles that a verbal agreement is not worth the paper it is written on....Baca seterusnya di blog mamat ni
Ada dua bahagian sebenarnya tapi aku tak pasti mana apai dapat artikel tu. Boleh tanya dia jika mahu tahu. Terima kasih.
Satu lagi khidmat masyarakat oleh Syarikat Perkapalan Membekal Arang Batu Ke Tanzania Ayobkelubi Enterprise.

Wednesday, June 07, 2006
kerja
Agak-agak korang ah. Apa pekerjaan yang akan pupus di Malaysia nanti?.
Pekerjaan yang tidak akan dapat tempat dalam iklan-iklan carian kerja.
Drebar kah?.
Tukang bancuh teh kah?.
Kerani Stor kah?.
Baca untuk tahu kerja yang akan pupus di negara yang dijumpai oleh Christhoper Columbus katanya.
Endangered Jobs

Friday, June 02, 2006
lalu bawah angin
Hummm...
Aku tak tahu nak cakap macam mana. Out off sudden, tetiba sahaja dia datang menyebabkan aku menjadi melankolik kembali. Betul apa orang cakap, kalau dia datang tetiba memang tak boleh nak elak. Kau akan jadi sangap sesangapnya. Aku di landa angin blues rindukan tahun-tahun yang dahulu itu lagi. Agak menyedihkan bukan?.
Nak-nak bila tengah melayan lagu di bawah ini pula. Lagilah bertambah-tambah blues jadinya. Ya, aku rindukan tahun-tahun yang dahulu lagi untuk kali ke berapa yang aku tidak mampu nak kira lagi.
Kawan-kawan seperjuangan. Aku tampalkan gambar kenangan kita semua. Sekadar untuk mengimbas kembali waktu yang tidak akan datang lagi. Hemmm....
Thinking back thinking of you/Summertime think it was June/Yeah think it was June/Laying backhead on the grass/chewing gumhaving some laughs/Yeah having some laughs./You made me feel like the one/Made me feel like the one/The one/You made me feel like the one/Made me feel like the one/The one/Drinking backdrinking for two/Drinking with you/And drinking was new/Sleeping in the back of my car/We never went far/Needed to go far/don't know where we are going now/I don't know where we are going now/Wake up cold coffee and juice/Remembering you/What happened to you?/I wonder if we'll meet again/Talk about us instead/Talk about why did it end/So take a look at me now (Dakota by Stereophonics)
Thursday, June 01, 2006
numero uno
World wide suiciede?
They all never fail to rock on!.
Keep on rockin' in this not free world anymore.
p/s : Sangap. Tu yang tampal gambar Pearl Jam sahaja. Jangan marah ek?. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)