Masa duduk Bukit Aman dulu, seingat akulah, pertemuan pertama dengan televisen ni masa umur 5 tahun kot. Ya, bapak bawak balik tv jenama Toshiba. Kecik. 14 inci kot?.
Berebut aku dengan adik, berlumba tukar siaran. Masa tu TV3 tengah hot. Masa tu mana Astro bagai ni.
Ketaksuban aku terhadap tv memang tinggi, sampai aku pernah mengamuk bila bapak aku tutup kemudian paksa aku baca sifir 2 sampai 12 belakang pintu bilik aku. Baca kuat-kuat sampai satu aras boleh dengar. End up, aku kena sebat dengan mak sebab aku debik adik. Nak debik bapak aku tak berani. Hahaha. Samseng betul.
Aku masih ingat lagi bapak aku selalu cakap.
"Ala abang, cerita ni semua nanti kau dah besar dia ulang-ulang jugak". Mula-mula aku tak nak percaya. Mana boleh orang tu berlakon sampai dia tua.
Bila dah besar. Betul lah bapak aku cakap. Cerita arwah P.Ramlee berapa ratus kali dah main kat tv. TV1,TV2,TV3, Astro Ria. Betul. Hidup ini memang macam roda.
Sekarang bila aku ulang balik skrip bapak aku dekat anak-anak saudara, mereka balas balik dengan skrip aku juga. Aku boleh sengih jer lah.
Eh, apa ni?. Aku nak cerita rancangan wajib tonton aku dari hari Isnin sampai Khamis sebenarnya. Cerita yang aku suka tengok sambil tekan-tekan remote ke rancangan lain bila iklan. Hehehe.
Isnin - Prison Break
Selasa - CSI :NY
Rabu - CSI :Vegas
CSI: Miami
Khamis - : Supernatural.
Itulah dia, aku,televisen dan alat kawalan jauh cuma tv Toshiba tu dah takde. Jahanam masa aku bawak duduk rumah bujang.
11 comments:
Aqademi Quran tak tengok ke syeikh?
tok rimau : adeeeehh,pedih siuttt.hahaha.tv9 tak dapek ah tok.
aku dulu bila ada tv yang ada remote, cukup jakun aku. Heran aku...macammana dia leh tukartukar channel nie. Zaman dulu, tv tekan-tekan (kalau nak tukar siaran). bebudak zaman sekarang kempunan la nak tengok tv yang leh tekan-tekan (kengkadang ketuk-ketuk)
sekarang aku ada remote pon aku lebih suka guna manual.taknak jadik malas.hehe
dobot : ya,ya,aku pun suka tv tekan-tekan, satu lagi tv yg main pulas-pulas nak tukau channel lepas tu ader sliding door nak tutup monitor.ingat?.hehehehe
semut : wah,rajinnya!. berusahalah! bak kata doraemon pada nobita!. :D
oh, jurnal anda amat menarik. heh. sayangnya tv lama itu rosak, jika masih sihat, tentu mempunyai nilai sentimental yang tinggi. mungkin juga diiktiraf sebagai barangan antik. :)
Sekarang aku cuma tengok Prison Break aje. DVD pun, aku tengok Prison Break jugak, hehe...
TV1-Tunggu azan, Bicara Seni.
TV2-Jarang tengok, unless ada filem2 best
TV3-Melodi, Buletin Utama.
TV7-Wakenabeb (kalau ingat)
TV8-Prison Break!!! Reel Review.
TV9-Spongebob cakap melayu.
Ha ha ha...
Aku seperti mu juga brader.
Cuma hari Isnin aku tengok Numbers dan Lost.
Psss... sama seperti hang, aku pun tak dapat TV9, tak leh tengok AAQ.
amantium : terima kasih yah!.yer tv tu dah lama terkubur.
murai : hahaha.mutut,mutut itu channel 83 manyak menarikkkkk.
zack : aku jelessss ko ader DVD dia.lepas ko bosan,ko jual kat aku eh?
pegawai : hehehe dan hehehe lagik.
pb : minggu ni?. ooooo anak abang dia nyaris-nyaris kena bunuh. lepas tu michael scofield jumpa mrs scofield pastu dr yg syok kat scofield tu frust bila tahu scofield dah kawin.mamat pick pocket tu mmg cool giler.sekejap jek dia rembat jam tangan tu balik. ok?
p/s : untuk nak tahu pasal prison break sila pergi ke blog mama ikmal kat list aku tu. yg tu kipas automatik susah mati brand pensonic punya!
tgk 'players' tak.
tp itu rancangan untuk org bujang saja. hehehe.
si gadis seorang memilih jejaka-jejaka hot.
Pensonic? Cilako! btw, minggu depan ni lagi best. Tapi aku takmoh bagi spoiler la. Cukup kalau aku bagitau, Michael Scofield akan membuat striptease, dan mob boss Abruzzi akan mengalami kecederaan yang serius.
Post a Comment