ini bukan satu cerita cinta yang luar biasa mahupun biasa
tapi ini cerita cinta yang sungguh _____________.
terpulang pada kalian untuk menafsir setiap watak yang wujud dalam cerita ini.
mengikut selera hati dan akal kalian.
aku tidak bisa menghalang kalian
tapi
percayalah kisah cinta ini,kisah cinta yang paling terbaik aku telah saksikan.
sepanjang aku bernafas di dunia ini.
dan akan menjadi satu kisah cinta yang klasik ataupun tipikal mengikut selera kalian.
tapi selagi itu dinamakan cinta.
bukankah itu yang terhebat sekali?.....
dia akan ku namakan U_hayor.
dia yang akan menemani kalian sepanjang cerita ini.
U_hayor hidup di satu daerah yang sungguh-sunguh bagi aku satu tempat manusia yang bertopengkanapa sahaja yang boleh menutup keserakahan nafsu mereka.
daerah yang menafikan yang haq dan yang batil.
hey,bukankah kita ini semua pelakon dan dunia ini hanya pentas sementara?.
tetapi.
U_hayor tetap dengan pendiriannya.tidak dibawa arus pawana yang terus-terus melanda daerah itu.masih teguh dengan berbekal ciri-ciri yang tebal sifat kemanusiaannya tetapi bijaknya U_hayor ini.dia mampu membawa dirinya jauh kehadapan dari manusia-manusia daerah itu.dan manusia-manusia daerah itu seolah-olah jatuh cinta padanya.suka padanya.gemar padanya,gembira padanya.sungguh U_hayor itu seolah-olah penawar kepada mereka!.
seolah-olah U_hayor itulah bintang hati terang untuk mereka.
hinggalah.
satu hari
dan yang ini akan ku namakan SANG CRUSH.
telah hadir ke daerah itu.
maka,telah jadi satu klise mungkin,hadirnya SANG CRUSH seolah-olah satu salinan kepada U_hayortentang ciri-ciri yang tebal sifat kemanusiaannya.
sama mungkin tidak serupa.
U_hayor cuba menafikan pada mulanya.
ini mungkin satu kebetulan,fikirnya.
tapi mungkin juga satu suratan?.fikirnya lagi.semakin dalam.
maka,telah menjadi satu klise mungkin,
SANG CRUSH juga cuba menafikannya.
dengan caranya sendiri tetapi dalam masa yang sama turut meraikan perasaanya itu.
maka,telah menjadi satu klise mungkin,
manusia-manusia di daerah itu mempunyai satu perasaan yang boleh digambarkan dengan sebiji epal yang busuk
harap-harap U_hayor dan SANG CRUSH tidak termakan epal yang busuk itu.
aku tidak boleh menamatkan cerita ini dengan tiba-tiba ataupun dengan cara orang putih
"happily ever after"
kerana aku bukan tuhan yang menentukan hala hidup U_hayor dan SANG CRUSH.
apa yang aku boleh buat ialah hanya melihat dan berdoa
agar mereka berdua tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya.
dan aku menyeru kalian yang membaca cerita ini.
kalian carilah U_hayor ataupun SANG CRUSH kalian.
dan aku percaya
cerita cinta ini tetap sama untuk diri kalian.
6 comments:
U_hayor dan SANG CRUSH ? epal busuk?
aperkemender ko ni yob...
sungguh seni hingga tak terpaham dek aku yg bengap ni.
Kisah cinta 2 org eh? mcm crita changjin lak aku baca. haha.
ooo... ya ler tu agak eh.
heh heh. ...
mendalam sungguh kisah ini. adakah ianya nak hampir2 bersamaan dengan kisah hidupku pula? wallahu'alam
p/s: org2 disekeliling yg prihatin, doakan ajer mereka bahagia ;)
dalam ni. kena pikir dulu.
hehe
erk aku cam paham
tapi cam tak paham pun ader gak
u_hayor? sapo itu? aku tak kenai... sapo tu don?
sang_crush? aku takmo jadik cam tu takut kenalan yg sekejap
bile ek aku nak jumpe dorg tue??
hmmm... ini berdasarkan sebuah kisah benar ke? boleh saya baca cerita penuhnya? tak mau yang sudah disummarykan saja...
bukan sepet:hehehe,toksah pening sgt.layan jekkkk.
muna : ya,doakan mereka berdua bahagia.itu dah memadai.
op : heheh,tau takpe.
lin : harap-harap ko akan jumpa SANG CRUSH ko tak lama lagik.aku doakan.
tuan tanah : inilah kisah penuhnya.bayangkan cerita cinta versi tim burton bukan usop haslam.hehehe
Post a Comment