Wednesday, April 13, 2005

amaran

*bunyi komputer "on"*.

beeep,beeep.

initiating audio.

begin programme.

jangan musnahkan.

jangan bunuh ia.

ini bukanlah satu benda yang kau pikir buang masa.

ini bukanlah satu benda yang kau pikir takde faedah.

ini bukanlah satu benda yang kau pikir tak bawak untung.

ini.

aku tegaskan.

ini adalah dunia kami.tolong hormati dunia kami sebagaiman kau menghormati benda-benda lain.

jangan kerana kau tidak boleh memahami dunia unik kami ini,kau hendak men"geonicide"kan mereka yang baru berkecimpung dalam dunia ini.

kalau kau benci dunia ini.biarkanlah kami dengan hidup kami.kami tidak akan ganggu kau lagik.
kalau kau masih lagik tidak berpuas hati.kau pergi cari dunia kami ini di tempat lain.semuanya sama.kami mewakili apa yang kau tak nampak.apa yang kau selalu tinggalkan.apa yang kau selalu lupakan.

kami tetap kami.

ingat!.hidup ini terlalu singkat.salahkah kami menyimpan apa yang dinamakan kehidupan dalam dunia kami ini?.salahkah?!!.

kalau kau rasa kami ini akan membawa kemusnahan.khabarkan kepada mereka-mereka yang masih lagik sibuk untuk menjajahi minda-minda generasi terdahulu,terkini dan terhadapan.khabarkan kepada mereka itu semua.kita akan lihat siapa yang akan dijajahi.

fahamilah isi hati kami.fahamilah apa yang terbuku dalam jiwa rasa kami.fahamilah apa yang otak kami sentiasa "generate"kan untuk hidup ini.

semoga kau akan fahami dunia kami.fahami dunia kami untuk kau berkongsi bukan untuk kau membunuh dia dari dalam hidupmu....

end programme.

transaction end.

beep,beep.

*komputer "off*.

1 comment:

Unknown said...

syntax error.

syntax error.

please contact your administrator.