sungguh tak sangka.asalnya aku tak beberapa rapat dengan kau dan dia.masa tu aku masih lagik dalam mood "aku budak rock".orang lain boleh piss off!.muehehehe
kemudian,apabila disana aku serumah dengan kau.tak sangka sungguh ku tak sangka.kau orang pertama aku jumpa sanggup menangis kerana aku.aku terharu,aku sebak.sejak itu kau dan aku memang orang kenal.memang orang tahu.kalau takde aku,orang tanya kau,kalau takde kau,orang tanya aku.
kau ibarat "ABANG BESAR" kumpulan kongsi gelap kawasan segambut dalam dalam hidup aku.apa-apa perkara yang membuatkan aku jadik jiwang karat makan tanah,aku akan rujuk kau.walaupun hidup kau selalu diselubungi misteri nusantara setiap isnin jam 9.30malam,kau tetap setia.terima kasih aku ucapkan.
dia datang disebabkan dia baik dengan kau.secara automatiknya aku jadik baik dengan dia.mulanya aku tak tahan,geli ketiak dengan peelnya.lama-kelamaan apabila melihat kau begitu tabah dengannya aku.aku pun jadi immune.aku sudah terbiasa dengan dos-dos dari dia.tapi letih ah,kalau dia masuk dalam superdrug or boots.jenuh aku dengan kau jadik tukang ikut bontot dia belek-belek barang-barang remeh-temeh dia!.muehehehe.
dia seolah-olah menjadi adik kecil kepada kita.penghibur dikala aku dan kau berduka ataupun tekanan menghadapi bahasa C.dia juga menjadi tempat aku dan kau melepaskan geram dengan smackdown ala-ala dudley boyz.
itulah.
aku,kau dan dia.kita akan terus jadik begini.walaupun hala tuju kita sudah berbeza tapi aku percaya.kau dan dia juga mempunyai perasaan yang sama.kita akan hargai ini semua sehingga akhir hayat.
aku --- masih lagik dilambung ombak.
kau --- akan berlabuh di pantai yang indah.
dia --- sudah mempunyai dua buah chalet di tepi pantai yang indah.
p/s: kepada kau dan dia --- kalian tahu sapa kalian (anti-klimaks punya ucapan).
No comments:
Post a Comment