Wednesday, October 12, 2011

Mengata

Polis-polis moral alam siber
Sibuk berkata siapa masuk syurga mahupun neraka
Sedangkan mereka sendiri lupa
Mereka juga masih hamba

Polis-polis moral alam siber
Asyik mendabik dada
Kata mereka, bangsa akulah paling hebat
Eh, facebook ni bukan yahudi yang buat?

Polis-polis moral alam siber
Bila ditegur mula melenting
Menafikan yang batil katanya
Eh, facebook ni bukan melekakan ker?.

Polis-polis moral alam siber
Katanya mahu kita fikirkan yang positif
Ambil situasi yang kondusif
Bila di tegur kenapa sensitif?

Polis-polis moral alam siber
Bukan nak mengata cuma berkata
Jangan mendabik dada
Bila mula terkena
Baru tahu apa maksud derita
Baru tahu siapa mereka
sebenarnya.

Thursday, October 06, 2011

Selamat tinggal Steve

Kalau korang pernah tengok cerita Lord of the Dogtown. Watak Jay yang dilakonkan oleh Emile Hirsch (Speed Racer, Into the Wild) merupakan seorang yang digambarkan sebagai anti establishment. Menentang arus untuk mempertahankan ideologi. Jay merupakan salah seorang daripada Z-boys yang asli tetapi menolak untuk menjadi terkenal tidak seperti dua rakannya Stacy Peralta(sifu kepada Tony Hawks) dan Tony Alva.

Dan dalam dunia komputer. Steve Jobs adalah Jay. Dipecat dari syarikat yang diasaskannya sendiri. Menerima gaji sebanyak 1USD sahaja dan melawan kanser hingga ke akhir hayat.

Respek untuk Steve Jobs.

Sumber berita

Laman web Apple berkabung

Tuesday, September 27, 2011

Eulogi (untuk mereka yang masih dangkal)

Kau memang sentiasa ada
Kau memang selalu ada
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau

Kau memang ada benda untuk di janji
Kau memang ada benda untuk di tunaikan
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau
Kita semua pasti akan merindui kau


Kami harapkan kau sentiasa baik
Kau selalu canangkan bahawa kau tak takut untuk mati
Jadi, selamat tinggal
Jangan menangis disini
Mahupun merasa sedih
Tidak semua jalan ada cahaya dihujungnya
Terima kasih kerana mencuba
Berdiri megah,tegak diatas
Kau memang handal bersuara


Kami akan merindui kau
Sentiasa merindui kau


Salah dan betul
Itu sebenarnya diri kau
Ya
Kami akan merindui kau
Sangat merindui kau nanti
Jangan sesekali menyesal
Itu yang selalu kau canangkan
Macam aku peduli sangat!.

Tapi

Ianya terlalu bingit
Terlalu menyesak
Dengan pendirian kau yang merapu
Ianya terlalu bingit
Kaukah yang mahu menyelamatkan aku dari kehidupan ini?
Bila mana yang memerlukannya tidak mahu kau peduli.
Dan kau masih menganggap kau bijak sedangkan realitinya masih kabur.
Ibarat memecahkan kepala sendiri tanpa bantuan
Dan kami sungguh terhibur dengan sikap mu itu.

Berdiri megah,tegak diatas
Kau memang handal bersuara
dan
Kami akan merindui kau
Sentiasa merindui kau


Kami akan sentiasa menunggu si bodoh baru seperti kamu
Untuk mencanangkan suara
Berjanji untuk mati demi kami?.
Jangan kau mungkiri janji itu lagi.

Berdiri megah,tegak diatas
Kau memang handal bersuara
dan
Kami akan merindui kau
Sentiasa merindui kau
Mampukah kau
Mampukah kau
Untuk tunaikan janji itu?.

Jangan kalut
Membaca eulogi ini
Yang sememangnya untuk kau.

Kau memang sentiasa ada
Kau memang selalu ada
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau

Ingat

Kematian kau
Adalah untuk menebus
dosa dan silap kami
Selamat tinggal!.

Kau memang sentiasa ada
Kau memang selalu ada
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau

(Inspirasi dari Tool : Eulogy)