Monday, August 07, 2006
Buang taksub itu jauh-jauh
Kalau tengok setakat untuk isi masa lapang sahaja tak boleh kah?. Ini sampai jatuh kepada taksub sangat kenapa?.
Dah berlambak sangat ke duit tu sampai sanggup buat apa saja?. Ya, dunia zaman sekarang ialah zaman duit.
Jadi?.
Bukan apa, ini tahun dua kosong-kosong enam.
Masih ada lagi yang berteduh di bawah kotak pembungkus televisyen 42" yang dijumpai di tempat pembuangan sampah.
Masih ada lagi yang gigih membasuh pinggan mangkuk di waktu dinihari demi sesuap nasi untuk memastikan keturunannya tidak bersambung akan nasibnya.
Masih ada lagi yang bercekang mata, mengelap daun pisang untuk dijadikan pembungkus untuk jualan esok hari dengan doa agar mencukupi untuk mengharung kehidupan.
Masih ada lagi yang gigih menjinjing bakul, mengharapkan seringgit dua bertukar tangan untuk juadah yang tidak seberapa, agar dapat dijadikan belanja membeli ilmu berguna.
Sedangkan aku amat-amat "rock" pun mampu menitiskan air mata melihat kesengsaraan mereka. Tidak mahukan kau menitiskan air mata bersama aku?.
Sudah-sudahlah dengan dunia itu. Tidakkah kau dulu pernah mengalami kepayahan itu. Apakah kau pasti kesenangan itu diredhaiNya?. Jangan kau terlalu bermegah.
Bukan. Aku tidak menentang. Itu memang hak kau untuk terus-terusan menjadi taksub cuma aku minta bukalah sedikit mata kau. Lihat sebagaimana burung melihat bukan sekadar menjadi ayam yang mematuk-matuk.
Barangkali kalian tidak kenal aku tapi anggaplah aku sebagai sahabat. Sahabat yang satu untuk menyedarkan kalian dan juga diri aku sendiri, bahawa ada lagi yang masih dibawah sana. Nun jauh di bawah sana untuk bangkit mengharung masa depan.
Thursday, August 03, 2006
Rasakan
Hahahahaha.
Aku ingat memang kena buang ah banner SelangorFC kat tepi tu.
Tahun ini memang tahun penuh celaka untuk Selangor FC.
Penat aku pergi stadium sekali-sekala, terjerit-jerit sokong.
Sebab tak dapat duit. Semua main macam haram jadah.
Apa kau ingat duit tu boleh rasuah malaikat jaga pintu syurga?.
Aku sokong sangat dengan kenyataan Menteri Besar hari ini.
Rasakan!. Apa korang ingat penyokong yang datang stadium tu pakai air kencing sahaja isi dalam kereta, bas, motor, van
Rasakan!. Apa korang ingat penyokong yang datang stadium mencekik burger separuh tapi mahal nak mampus tu bayar pakai bulu ari-ari sahaja?.
Rasakan!.
Harap-harap barisan muda Selangor akan datang berjaya membawa perubahan. Ingat jangan main kerana duit sangat!.
Pergi mampus ah Selangor FC!.
p/s : Tahun ni aku ingat nak sokong Telekom Melaka ler. Boleh?.
+++
Nak pantau blog internet semata-mata kerana ada pihak pembangkang bukak blog? ataupun takut dengan bayang-bayang sendiri?.
Serius aku tak faham ah. Kenapa dulu tak kecoh-kecoh sangat benda ni.
Jangan jadi macam Amerika beb!. Paranoid Android making me sick!.
Wednesday, August 02, 2006
template
Its ten percent luck,
Twenty percent skill,
Fifteen percent concentrated power of will,
Five percent pleasure, fifty percent pain,
And a hundred percent reason to remember the name
My name is __________
The end is coming next to your doorstep. Watch out.
Subscribe to:
Posts (Atom)