Tuesday, June 05, 2012

Barangkali perlu bangkit semula

Sudah lama aku tak menulis panjang dalam blog. Walhal menjadi satu kegilaan untuk aku semasa blogging ni menjadi ketagihan. Dunia terlalu melekakan aku dan aku sendiri tergelincir dari landasanNya.

Perlu mencari satu tonik yang cukup hebat untuk aku bangkit semula. Segala dosa dan kesalahan yang aku lakukan harus aku bilas secukupnya kembali dengan segala aneka kebaikan. Jadi, arah kebaikan mana yang patut aku mulakan?. Berikan aku idea kawan!.

Dan

Kalau kalian yang sudi membaca cerita hidup aku ini, puteri nombor dua aku tidak pernah aku paparkan lagi bukan?. Walhal dia sudah menjejak umur dua tahun. Sedih bukan?.

Nyaris aku tidak dapat mencium mereka tapi syukur dipermudahkan olehNya untuk aku melihat mereka berdua membesar depan mata.  Sekurangnya untuk diri aku dijadikan pedoman agar tidak lagi tergelincir.

Aku tidak salahkan sebarang medium sosial yang kini muncul ibarat cendawan selepas hujan, aku sendiri tidak betah mengikutinya lagi sedangkan kerjaya aku berlatar belakangkan ke arah itu. Ya, aku masih dan akan terus menjadi seorang old fag. 

Kekecewaan yang sentiasa bersarang dalam hati menyebabkan aku jadi rusuh. Rusuh dengan dunia, rusuh dengan kehidupan, rusuh dengan manusia yang masih jahil tentang matlamat kehidupan.

Maafkan aku, kalau cerita kali ini berbau emosi hitam aku kerana aku adalah manusia.

Manusia seperti kalian.


9 comments:

bukankosong said...

bukan hari2 dunia cerah

kdg badai melanda

sabar je beb : )

Amyz! said...

aku pun tak mampu nak ikut sangat. mana yang larat aje la bro..

dan sentiasa support kawan-kawan. :-)

ainhidayah said...

Unknown said...

bunyi macam sedih je... apa pun itu lah duniawi..

ayobkelubi said...

bukan badai : terima kasih.

amyz : yup.tq for the support

yaya : ?

pak jan : stressss..

ainhidayah said...

Ayob ooo ayob.. Tulisla entri2 yg menggelikan hati

ainhidayah said...

Mcm dlm jiwa kacau & gangguan teksual tu... Nice je

ayobkelubi said...

yaya : sibuk sikit nak tulis benda2 yg mengelikan hati...sakitkan hati banyak lah..heheheh..

Lan Rambai said...

Kebanyakan yang seangkatan dengan kita. ... blog sendiri dah jarang dijenguk, jauh sekali rajin ditambah coretannya. Blog kawan-kawan pun setahun sekali baru dijengah.