Macam biasa. Mereka berkumpul sekali lagi. Kali ini dengan perisa baru (tiap-tiap tahun perisa baru katanya). Perisa baru yang setiap tahun semakin memualkan, semakin meloyakan. Tiada benda lain selain dari mengatakan merekalah juara sebenarnya!.
Resolusi yang bakal di canangkan tidak lain tidak bukan adalah resolusi untuk menyelamatkan tengkuk dan tembolok masing-masing. Bilakah mereka semua ini akan nampak perkara yang sebenarnya.
Sudah-sudahlah gunakan retorik dan hujah-hujah dangkal yang membingitkan telinga. Tidakkah mereka semua masih tidak nampak bahawa "kami" semakin benci dan meluat. Zahirnya sahaja mereka membayangkan bahawa "kami" sebenarnya masih menyokong mereka. Mereka lupa. Lupa kepada apa yang dinamakan sebagai "kuasa kami".
Sudah-sudahlah tu.
Otai dah bunyi
2 comments:
gua tak paham..hahah
sy sgt faham.. :) sbb sy pun rasa mual jugak..
Post a Comment