Friday, December 30, 2011

Dua ribu sebelas

Ok. kita cuba. Ceritakan dua ribu sebelas (2011) anda semua dalam sebelas patah perkataan saja.

Tsunami revolusi mati tanpa reformasi dengan polemik basi untuk diri sendiri.

Sekian. Amacam korang punya pulak?.


+++

Hero segala hero 2011

Al-fatihah

Loser segala loser 2011

 Ha ha ha!

Pasukan terbaik 2011
Rakyat Jepun!

Thursday, December 29, 2011

Habis dah.

Selamat Hujung Tahun.

Malas aku nak ucap Selamat Tahun Baru.

Nombor jek yang tukar baru. Benda lain semua sama lagi kan?.

Eh, bukan nak kiamat dah ke?. Ha ha ha!.

Apa cerita azam?. Lupakan azam yang dulu. Kita buat azam yang baru. Yakni memperbaharui azam yang dulu. Ha ha ha!.

Ok. bye

Thursday, December 08, 2011

Sekali sekala

Jom kita balik kampung kita balik. 



Jom kita balik kampung kita balik 

Aduh, satu bas pulak dengan Mancini nak balik kampung ni!. 


Nasiblah kau Alex, aku ok jek naik bas sama dengan kau!.

Thursday, December 01, 2011

Benda paling membosankan

Macam biasa. Mereka berkumpul sekali lagi. Kali ini dengan perisa baru (tiap-tiap tahun perisa baru katanya). Perisa baru yang setiap tahun semakin memualkan, semakin meloyakan. Tiada benda lain selain dari mengatakan merekalah juara sebenarnya!.

Resolusi yang bakal di canangkan tidak lain tidak bukan adalah resolusi untuk menyelamatkan tengkuk dan tembolok masing-masing. Bilakah mereka semua ini akan nampak perkara yang sebenarnya.

Sudah-sudahlah gunakan retorik dan hujah-hujah dangkal yang membingitkan telinga. Tidakkah mereka semua masih tidak nampak bahawa "kami" semakin benci dan meluat. Zahirnya sahaja mereka membayangkan bahawa "kami" sebenarnya masih menyokong mereka. Mereka lupa. Lupa kepada apa yang dinamakan sebagai "kuasa kami".


Sudah-sudahlah tu.

Otai dah bunyi