Thursday, December 30, 2010

Import tu penting ker?


Tak nak cakap banyak.
Cuma nak ucap ribuan terima kasih kerana mengembalikan apa yang sepatutnya. 
Satu lagi
Gua tabik spring sama lu orang!


Monday, December 27, 2010

Sepatutnya kita rasa tertekan dengan benda ni

Malam semalam di Nilai.

Aku di bank untuk mengeluarkan duit serta memasukkan kembali duit. Bank pertama aku pergi, di luarnya ada seorang budak lelaki, memegang sebotol ubat dan resit.

Katanya adalah untuk kutipan derma. Rumah anak yatim dari negeri di belah utara sana. Ok, aku kejam. Aku tak layan budak itu. Aku terus beredar. Sebab hutang perlu dibayar dahulu.

Aku bergerak ke bank kedua. Sebelum keluar kereta, aku dah nampak dua orang budak lelaki, yang berspesifikasi yang sama seperti budak lelaki di bank pertama.

Tuhan memang bayar "cash".

Lihat muka mereka berdua apabila menghampiri aku, membuatkan aku rasa bersalah yang amat sangat dan marah. Kenapa?.

Bila aku tanyakan kepada mereka berdua sudah makan ke belum. Jawapan yang aku terima sangat berbeza!.

Budak lelaki pertama mengatakan bahawa "ustaz" mereka sudah belanja mereka makan. Alasan ini mungkin sudah terlalu klise untuk budak lelaki ini untuk diberikan kepada mereka yang bertanya.

Tunggu jawapan budak kedua pula. Memeranjatkan!.

Seelok kawannya yang pertama beredar jauh sedikit. Aku tanya soalan yang sama kepada budak lelaki kedua.
Jawapannya?.

"Ustaz" pesan suruh cakap yang dia dah belanja makan. Menyedari bahawa rahsia yang sepatutnya tidak boleh dihebahkan telah terbongkar, budak lelaki kedua cuba menutup mulut sambil mata meliar melihat sekeliling. Aku perhatikan keadaan sekeliling.Kot nampak kenderaan yang mencurigakan.

Yer kawan-kawan, manusia yang di panggil "ustaz" telah mengajar anak-anak mentah ini berbohong!. Jenis manusia apakah ini?. Kau perah kederat anak-anak yatim ini atas nama kebajikan tapi kebajikan mereka kau abaikan?. Ini yang kita nak panggil pembela anak-anak yatim?. Fuck!.

Oi "ustaz"!. Kau tak tahu ke tak hukum makan harta anak yatim ni?. Ker memang kau nak kumpul duit untuk rasuah malaikat agar dapat kau masuk syurga atas kebejatan yang kau lakukan ni?. Memalukan sungguh!.

Kita sering dengar tentang kempen banteras pemerdagangan manusia, kita selalu cuba selamatkan anak-anak yang diculik, anak-anak yang dijual tapi kita selalu terlepas pandang pada golongan yang satu ni.

Golongan yang memanipulasi anak-anak yatim untuk mengaut keuntungan atas nama kebajikan demi tuhan. Demmit!. Golongan ini yang sepatutnya kita kena hukum dulu. Anak-anak malang ini sepatutnya berada di rumah, duduk berehat sambil mengulangkaji pelajaran. Bukannya di kerah kederat untuk mencari duit!. Kalau benar mahu meminta derma, kenapa di santak sampai malam?. Kenapa dibiarkan anak-anak ini kelaparan?. Kenapa dibiarkan anak-anak selekeh tidak terurus?.

Yer, hati aku sedikit sebak tapi marah aku lagi banyak. Kepada "ustaz/ustazah" yang kononnya menjaga anak-anak yatim ini. Bawa-bawa mengucap. Kalau benar mahukan ganjaran. Tunggu saja hari kematian. Pasti ada.

Wednesday, December 22, 2010

Hari ini dalam sejarah.

Dengan ini saya penyimpan mohor besar untuk blog tak seberapa ini, menyampaikan pesan tuan blog ini kepada orang yang bertakhta dalam hati tuan blog ini selama-lamanya.


Selamat hari lahir Sayang!.

Hadiah nanti- nantilah ek?. Rumah baru tu kena isi barang dulu. Keh keh keh.

  

Terima kasih kerana sudi melayan kerenah kami bertiga. Ikutkan yang berdua lagi tu boleh kawal. Yang seorang ni je payah sikit. Kalau kena "upah" dia, boleh setel!. He he he!. 

Tuesday, December 21, 2010

Hi kepada bakal mak mentua

Hi, nama saya Aleesya Safiyyah.

Yup, hari tu saya tak sempat nak buat penampilan khas bila baru-baru lahir. Ayah saya tengah kucar-kacir dengan projek akhir dia. Projek apa saya malas nak ambil tahu. Sekarang barulah lega, baru ayah saya buat epoimen dengan saya. Dasar ayah sibuk 24jam. Nak kata apa lagi kan?. Janji bila saya nangis lapar, ayah saya bagi susu. Saya ok dah.

Ini dah masuk 3 bulan. Bergembiralah dengan memberikan pujian melampau dengan mengatakan saya comel dan sewaktu dengannya. Oh ya, ini juga penampilan khas untuk bakal mak mentua saya.  Harap- harap gambar ini akan membuahkan rasa suka kepada saya untuk anak bujangnya. Hihihi.

 Masa ni baru lepas kena cukur. Stress!

Saya pun kena jaga badan mulai sekarang. :D