Wednesday, October 06, 2010

Kalau masih tak sedar lagi

Aku ambil dari kawan aku yang kerja kat KLCC. Tingkat berapa aku tak tahu tapi isi-isi yang diberikan oleh beliau memang padat dan tepat. Kalau kena muka sendiri, jangan maki hamun, jangan nak kritik lebih. Muhasabah diri dulu. Periksa luar dalam mana yang patut di perbetulkan.

Gua tabik sama lu ustaz!.

+++

Nasib kita boleh berubah.

Mengubah nasib boleh dibuat dengan pelbagai cara. Tikam nombor ekor dan menang 4D 1st prize umpamanya, juga salah satu cara mengubah nasib. Halal haram kemudian kita cerita. Ada lagi cara lain untuk mengubah nasib, contohnya melalui jalan MLM. Kalau kena gaya boleh jadi kaya, kalau tak kena gaya tahan la bayar hutang Bank Rakyat 20 ribu habuan modal Hai O dulu dulu. Mengubah nasib boleh juga dilalui melaui jalan kejahatan. Mengedar dadah, merompak kedai emas dan menjalankan sindiket menyeludup perempuan China. Tapi kita sebagai orang islam berketurunan melayu kebanyakannya cuma jahat jahat ayam. Kita berani hisap dadah, tapi nak jadi mafia bukak kilang dadah jauh lagi..main mafiawars boleh la berlagak. Jahat main perempuan pun ada, tapi jahat nak jadi toke seludup perempuan China dalam kontena amatlah rare serta jauh panggang dari api.

Contoh contoh di atas ialah jalan shortcut untuk mengubah nasib dalam bidang kekayaan. Ya. Jalan shortcut. Benda benda shortcut ni dalam apa juga bentuk pun sebenarnya tak bagus. Itu lumrah alam.

Kita tengok pula contoh shortcut dalam mengubah ketrampilan dan personaliti. Shortcut nak badan slim dan turunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 2 minggu, pegi sua kepala kena tipu beli ubat ubat yang entah apa benda. Harga sampai beratus ratus. Habis 2 minggu, gemuk boroi macam tu jugak. Lepastu mengamuk kata iklan penipu. Padanla muka kena tipu. Semua benda nak senang, semua benda nak cepat, kena la tipu. Bersenam malas, kontrol makan malas..Sekali makan macam badak sumbu kebulur..nak kurus kejadah apa?
Persoalannya kenapa ramai yang tak sedar?, Adik adik sekalian, mereka sebenarnya bukan tak sedar...mereka ni sedar, tapi degil nak pakai shortcut jugak, sebab apa nak pakai shortcut?, sebab memang perangai macam tu...perangai siapa ni?, perangai siapa??, perangai orang caucasian?


Nasib kita boleh berubah...

Memiliki ilmu pengetahuan adalah jalan paling true dalam usaha mengubah nasib. Tapi klausa sebegini sebenarnya klise dalam persekitaran Malaysia. Tidak semua orang berpeluang pergi sekolah untuk menuntut ilmu. Kalau ada peluang pun, ramai yang tak suka peluang stail macam ni. Mereka lagi suka peluang pegi main game, main snooker, hisap rokok belakang bangunan, main moto dan angkut makwe kehulu kehilir ketika guru guru sekolah sibuk menjual kuih dan kain baju di bilik guru. Akibatnya, sistem urustadbir ilmu semakin membarai. Budak budak lagi gila buat kerja luar daripada buat latihan trigonometri. Brader brader universiti lebih fokus ke arah championship manager dan warcraft selain meniru assignment daripada seorang kawan yang rajin beberapa jam sebelum dateline. PTPTN menjadi wadah top up keredit, beli kasut baru dan selebihnya buat downpayment bayar kancil secondhand sebagai modal jalan jalan dengan makwe baru. Beli buku rujukan??, kahkahkah..kahkahkah..kahkahkah..
(Ok..Downpayment Kancil tu lu orang jangan ambik serius sangat..)

Nasib kita boleh berubah..

Selain memiliki ilmu, bekerja kuat atau dalam bahasa orang putihnya hardwork juga menjadi kata kunci untuk mengubah nasib. Betul..lu orang belajar masa sekolah menengah ponteng kelas prep tapi dapat SPM 10A. Betul.. kawan lu orang nampak rockers, tak study, malas, kuat melepak, slackers, hari hari tido dalam kelas, malam keluar tengok wayang..tapi bila periksa dapat pointer 3.76. Nampak cool dan genius!. Tapi jangan kita lupa, perkara cool dan genius tidak berlaku dalam kehidupan orang dewasa yang ada tanggungjawab. Hidup dalam dunia sebenar memerlukan kematangan. Kerja keras melambangkan kematangan. Genius masa sekolah boleh simpan dalam reban itik kalau masa kerja masih buat perangai ponteng, perangai rilek rilek, perangai malas, perangai tido dalam pejabat dan segala perangai cool yang nampak best di mata kawan kawan suatu masa dulu. Hidup yang sebenar bukan perkara suka suka dan main main. Kerja kuat bukan bermakna pasti jadi kaya, atau pasti berjaya..apa yang lebih penting, kerja kuat bisa menonjolkan sikap diri kita sebagai manusia bermaruah dan punya harga diri dalam menelusuri ranjau kehidupan yang tak kenal erti kesian.

Nasib kita boleh berubah..

3 comments:

Anonymous said...

jom join masuk facebook dapat duit.

ekekekekkekekeke

Anonymous said...

firdaus ahmad, sembang kencang...

Amyz! said...

Allah tak kan mengubah nasib sesebuah kaum, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.

heh! shilake semua iklan2 yg tawarkan kurus cepat dlm dua minggu, kulit halus dlm masa dua minggu. iklan2 mcm tu lah yg buatkan org kita ni terpedaya. sungguh shilake.