Friday, February 12, 2010

Kisah kugiran yang gagal

1997
+++
Karim baru balik dari kelas, singgah sebentar di kaunter "pak gad" untuk periksa jika ada sebarang surat untuknya.

" No mate, you have got no letters for you". Pakcik kaunter berbaju kemeja putih menegurnya.

Karim tersenyum nipis. Pakcik tu memang baik. Selalu menegur sapa pelajar-pelajar yang sebangsa dengannya. Tak silap Karim, nama pakcik tu Brett. Pakcik Brett merupakan bekas askar yang pernah berkhidmat di negaranya dulu. semasa zaman gelap komunis memerintah.

" I used to server at Malacca, Penang and somewhere around Pahang, i forgot the place's name". Selalu sangat pakcik Brett bercerita tentang kisah silamnya semasa di sana. Pakcik Brett benar-benar jatuh cinta dengan negara asal Karim.

"Well, you've got no letter but a parcel waiting for you to be taken". tegur pakcik Brett mematikan monolog Karim terhadapnya.
Karim memandang ke pakcik Brett, di tangannya sedang memegang bungkusan.
Selesai mengucapkan terima kasih, Karim bergegas keluar sambil memegang bungkusan itu. Dia mengoncang-goncangkan bungkusan tu.

Ok, bukan sambal ikan bilis kering kata Karim. Dia melihat nama pengirim pada bungkusan itu.

"Eh, Jon Pashi hantar?". gumam Karim. Dia menaikkan zip "windbreaker"nya hingga ke paras leher. Laju Karim berjalan pulang ke asramanya. Angin semakin bertiup kuat dengan membawa aura musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi.

bersambung

No comments: