Al fatihah untuk Yasmin Ahmad.
Pasti, industri filem akan tidak akan ada lagi seorang yang aku anggap sebagai "wake up caller" untuk industri ini.
Untuk aku, paling layan ialah MUKHSIN.
Bermulanya era iklan Petronas yang bosan selepas ini. Tiada siapa yang boleh menandingi kehebatan beliau dalam membuahkan realiti ke dalam fantasi yang boleh menyebabkan semua orang terpengaruh.
Enough said, Malaysia lost another good storyteller.
+++
Apa-apa pun, tahniah untuk SELANGOR sebab jadi juara LIGA SUPER. Pedulilah apa orang nak kata. Janji aku masih sokong SELANGOR. KEDAH?. Boleh blah!. Hahahaha. PERAK?. Bayar gaji pemain dulu lah wei!. NEGERI SEMBILAN?. Kemaruk bona nak jadi selebriti. Mainnyo tak apobondo ntah!. Hahahaha!.
Jangan marah ah.
Monday, July 27, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Bila masa agak jadi percuma untuk aku?
Dulu.
Masa muda-muda dulu, masa selalu datang dekat aku. Diketuk-ketuknya kepala aku, suruh bangkit dari mimpi. Mimpi siang yang tak sudah-sudah. Dah namanya muda-muda, mana sangatlah aku nak dengar cakap "makrop" masa ni. Macam bagus aje masa tu!.
Sekarang.
Kalau aku jumpa masa balik. Barangkali dia pun dah tua macam aku. Mesti dia gelakkan aku tak sudah-sudah. Gelak-gelak sampai terbelahak keluar kahak hijau pekat tu.
Agaknya, bila dah makin tua ni, masa bukan lagi kawan baik kita kan?. Masa bukan cemburu, barangkali dia dah jemu.
Mungkin.
Amacam?. penuh metafora tak entri yang tak ada idea sangat ni?. Ha ha ha ha!.

Subscribe to:
Posts (Atom)