“Awak, bila agaknya kita boleh lakukan semua benda yang kita sama-sama suka ni eh?”.
“Satu hari nanti, satu hari yang indah”.
+++
Kertas itu direnungnya berkali-kali.
Pedih hatinya masih belum boleh di ubati. Diubati dengan mana-mana ubat. Runtun hatinya masih lagi berbekas. Ke mana mahu dibawa kesedihan ini?.
Setahun yang dulu, matanya tidak berkelip, mulutnya tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata bila bertemu dengan bidadari itu. Bidadari itu sungguh membawa perubahan besar kepada hidupnya. Hidupnya yang dulu tidak ada arah tujuan. Barangkali bidadari itu telah dihantar oleh tuhan untuk menyelamatkan dirinya dari terus hanyut.
Walau pun pada mulanya dia tidak percaya bahawa bidadari itu adalah untuk dirinya. Lama-kelamaan dia mula sedar bahawa memang bidadari itu adalah untuk dirinya. Bidadari penyelamat yang mampu bisa menggoncang hati dan akal fikirannya. Bidadari cantik yang bisa menimbulkan perasaan cemburu demi sebuah kasih sayang.
Sepanjang dia berada di bawah lindungan kasih sayang bidadarinya itu, dia berasa sungguh tenang. Hidupnya sentiasa diisi dengan cerita-cerita indah yang tidak mampu di zahirkan dengan kata-kata tetapi tetap akan menjadi satu kenangan yang paling manis dalam hidupnya.
Kesedihan tidak lagi menjadi kawan setianya semasa bidadarinya itu hadir. Seingat dia, waktu-waktu dia bersama bidadari adalah waktu-waktu yang paling indah sekali pernah dia lalui. Mahu sahaja dia bekukan semua waktu itu menjadi arca-arca peringatan atau pun abadikan semua waktu-waktu itu kepada satu album.
Album klasik yang penuh dengan nostalgia-nostalgia indah. Album yang akan diarkibkan untuk tatapan umat manusia bahawa dia dan bidadari pernah menjalin rasa bahagia. Rasa bahagia yang sangat bahagia sekali.
Dan
Dia merenung kembali kertas itu.
Ibarat satu perjanjian, perkara-perkara itu yang akan dilakukan bila dia dan bidadari memperolehi peluang untuk melakukannya. Dulu, dia tidak mahu fikirkan sangat pengakhiran kisah dirinya dengan bidadari, yang dia tahu, Perkara-perkara yang ada tertulis dalam kertas itu adalah benda-benda yang bakal membawa satu perasaan yang penuh dengan rantai rasa cinta dia untuk bidadari.
Bagaimana harus untuk dia menolak semua itu?. Dia dan bidadari mempunyai persamaan, benar atau tidak tetapi itulah hakikatnya. Seolah-olah tuhan menciptakan bidadarinya itu dari dirinya sendiri. Bidadarinya itu ibarat salinan dirinya sendiri cuma berlainan versi.
Sebetulnya, dia selalu berharap agar tuhan tidak meminjamkan bidadari tetapi menciptakan bidadari untuk dirinya selamanya. Barangkali pengharapannya menggambarkan dia tamak tetapi itulah yang dia mahu sebenarnya.
Dan dia kembali merenung kertas itu.
Seringkali dia mendoakan agar bidadari akan terus kekal bersama selamanya. Hati kecilnya hanya mampu mendesah.
“Tuhan meminjamkan bidadari ini hanya untuk semantara waktu sahaja!”.
Mahu saja dia menjerit kuat-kuat bahawa itu adalah satu perjanjian yang tidak bernoktah. Apakah tuhan sekejam itu?. Hanya mampu meminjamkan sahaja?.
Dia harus akur.
Dan kertas itu direnungnya kembali.
Hatinya terus mendesah.
Akan tetapi,
Perkara yang paling dikesalnya ialah bidadari cuma mampu hadir ke dalam hatinya secara zahir sahaja. Bidadari itu hanya mampu mengembirakan dia dan sebaliknya tetapi dia masih tidak lagi berjaya menembusi tembok keras dalam diri bidadarinya itu. Entah dimana silapnya, dia sendiri tidak tahu. Seringkali dia beranggapan bahawa dirinya bukan untuk bidadarinya itu. Mungkin, mungkin itu yang sebenarnya, tuhan meminjamkan bidadarinya hanya untuk sementara waktu sahaja. Waktu-waktu dia memerlukan seseorang untuk member i bantuan bila-bila dia memerlukannya.
Ya, bidadari hadir ibarat embun di waktu pagi. Tegak matahari hilanglah dia.
Dia kesal kerana tidak mampu menembus hati bidadari, tidak habis menyelami hati bidadari. Zahirnya bidadarinya itu sentiasa membawa rasa bahagia untuk dirinya tetapi hati kecilnya sentiasa berkata-kata.
“Dia tidak gembira, hanya berpura-pura untuk gembirakan kau sahaja”.
Gatal saja mulutnya mahu bertanya tetapi dia tidak mampu, dia tidak mahu bidadarinya dirundung kesedihan. Sebolehnya biarlah bidadarinya sentiasa gembira dan tenang bila berada disisinya. Biarlah dia pula yang berkorban untuk bidadarinya itu.
Seharusnya dia ber terima kasih kepada tuhan kerana menemukan dia dengan bidadarinya itu.
Dia merenung kembali kertas itu.
Kisah indah bidadari dan dia telah berhenti. Bidadari telah meninggalkannya. Bidadari telah pergi jauh dari hidupnya. Kisah itu terhenti bila manusia-manusia lain mulai cemburu dengan bidadarinya itu. Manusia-manusia yang berotakkan binatang. Manusia-manusia yang tidak layak dipanggil manusia sebetulnya!.
Masih lagi tergambar pada kotak matanya. Bila bidadari meluahkan rasa hatinya. Dia hanya mampu mendiamkan diri, tegak berpeluk tubuh. Hatinya terus-terusan menjadi sayu.
Akhirnya,bidadari perlahan-lahan hilang dari pandangan. Hilang dengan sorotan mata bidadari yang sayu pada kali terakhir dia bersamanya. Dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa. Segala kekuatan yang ada sepanjang hadirnya bidadari dalam hidupnya telah musnah sama sekali. Hancur dengan hari perginya bidadari dari hidupnya.
Benarlah kata hatinya. Tuhan hanya meminjamkan bidadari kepadanya, bukan untuk menjadi milik selamanya.
Pergi sudah bidadari dari hidupnya. Barangkali akan hilang selamanya.Barangkali segala memori bidadari bersama dirinya juga akan terus hilang.
Paling terkilan di hatinya, perginya bidadari jauh dari dirinya tepat pada hari lahir dia.
Hari lahir dia yang sudah direncanakan untuk disambut bersama bidadari.
Dan
Dia kembali merenung kertas itu.
Kertas yang sudah tidak memberi sebarang makna lagi.
“Selamat tinggal bidadari sayang”. Desah hati sayunya.
+++
Buat sahabat ku, aku sudah tunaikan janjiku untuk "tribute" ini. Doa ku agar kau akan ke temu kembali bidadari pujaan mu ini.
Friday, June 20, 2008
Thursday, June 12, 2008
Belum lagi gamaknya
Barangkali masih belum lagi rezeki aku. Dia mahu aku habiskan study aku dulu. Mungkin rezeki ditempat lain. Moga-moga,diperkenankan olehNya. amin
(walaupun sedikit kecewa tapi perlu redha)
+++
"Esok kalau lu baca doa masa perhimpunan, mesti crowd puller ah!."
Macam gampang ayat si fairuz ni. Mentang-mentang aku baru balik umrah.
(walaupun sedikit kecewa tapi perlu redha)
+++
"Esok kalau lu baca doa masa perhimpunan, mesti crowd puller ah!."
Macam gampang ayat si fairuz ni. Mentang-mentang aku baru balik umrah.
Friday, June 06, 2008
Keluhan
Kembali.
Sepatutnya ini entri untuk menceritakan perjalanan-perjalanan ku di bumi dua masjid tempoh hari tapi aku kena "on hold"kan sekejap.
Walaupun seluruh dunia mengalami nasib yang sama macam kita sekarang ini tapi itu tidak bermakna "kita" yang harus menanggungnya dengan mengambil jalan mudah seperti "ubah cara hidup", "cakap dengan anak-anak keadaan ekonomi sekarang ini", "kurangkan berjalan-jalan dan makan-makan luar". Kepala hotak mereka!.
Tidak salah kalau kau berkeras untuk naikkan juga cuma kayuh pelan-pelan lah!. Sekurang-kurangnya "kita" boleh mula menabung atau membuat "backup" yang secukupnya. Ini tidak,sambil membuat pengumuman boleh tersenyum-senyum untuk menidakkan perasaan gemuruh tu!. Memang takde ketokohan langsung.
Yang paling buat aku rasa sedih bila baca salah satu komen yang dtinggalkan di blog mantan Perdana Menteri kita. Kalian baca sendiri.
Macam dia cakap, terima kasih kerajaan Malaysia. Terima kasih banyak!.
Sepatutnya ini entri untuk menceritakan perjalanan-perjalanan ku di bumi dua masjid tempoh hari tapi aku kena "on hold"kan sekejap.
Walaupun seluruh dunia mengalami nasib yang sama macam kita sekarang ini tapi itu tidak bermakna "kita" yang harus menanggungnya dengan mengambil jalan mudah seperti "ubah cara hidup", "cakap dengan anak-anak keadaan ekonomi sekarang ini", "kurangkan berjalan-jalan dan makan-makan luar". Kepala hotak mereka!.
Tidak salah kalau kau berkeras untuk naikkan juga cuma kayuh pelan-pelan lah!. Sekurang-kurangnya "kita" boleh mula menabung atau membuat "backup" yang secukupnya. Ini tidak,sambil membuat pengumuman boleh tersenyum-senyum untuk menidakkan perasaan gemuruh tu!. Memang takde ketokohan langsung.
Yang paling buat aku rasa sedih bila baca salah satu komen yang dtinggalkan di blog mantan Perdana Menteri kita. Kalian baca sendiri.
Corpetro said...
saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....
June 5, 2008 1:11 PM
Macam dia cakap, terima kasih kerajaan Malaysia. Terima kasih banyak!.
Subscribe to:
Posts (Atom)