Masa kecik-kecik dulu, kalau tak main konda-kondi satu hari mesti tak sah, kira permainan konda-kondi dulu ibarat "PS 3" budak-budak zaman sekarang. Kalau kau nak kekal sebagai kumpulan tukang pukul, kau kena menang sentiasa, markah akhirnya selalu seratus, kalau pihak lawan yang jadi tukang tangkap berjaya kekang kumpulan tukang pukul, bermakna kuasa memukul akan bertukar tangan. Dalam erti kata lain, siapa dapat seratus markah dulu akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Kumpulan aku selalu jadi kumpulan tukang tangkap sebab kita orang takde pemukul yang hebat, selalu balik dengan muka kekecewaan. Selalu aku kena rancang strategi macam mana nak kalahkan kumpulan pemukul yang diketuai oleh Emon.
Satu hari tu, Adik Eda datang kepada aku, dia minta nak "join" kumpulan penangkap aku, dia dah jemu dengan kumpulan pemukul yang diketuai oleh Emon.
"Kenapa kau nak "join" kumpulan aku?". Aku tanya Adik Eda.
"Bosan ah Emon, yang tukang pukul semuanya adik beradik dia dengan sepupu sepapat dia , aku yang lain tukang jaga "post sentri". Keluh Adik Eda.
Emon mengamuk bila tahu Adik Eda berpaling tadah tapi Emon berlagak, cakap dengan kumpulan aku,dia tetap menang.
Petang tu kami main macam biasa.
Emon dah berpeluh, dua tiga kali kumpulan dia pukul, Adik Eda dapat tangkap dengan cemerlang, siap tangkap pakai sebelah tangan saja!. Emon dah berpeluh, buat pertama kalinya, kumpulan Emon akan tewas pada bulan itu. Aku dah yang lain bersorak sakan sambil memeluk Adik Eda setiap kali dia berjaya membuat tangkapan.
Kedudukan mata sekarang adalah 80 untuk kumpulan Emon manakala 70 bagi kumpulan aku. Kumpulan aku membuat pukulan untuk menentukan kemenangan. Giliran memukul aku serah pada Abun, dia gemuk tapi pukulannya padu.
Entah macam mana, ketika Abun hendak memukul, pukulannya "miss cue". Kami hanya dapat 10 mata dan mati giliran. Kumpulan Emon mengambil alih dan seterusnya berjaya membuat pukulan kemenangan. Emon bersorak bagai, aku kecewa, tapi Adik Eda datang memujuk aku. Bilangnya pada aku.
"Esok masih ada lagi, kita pasti kalahkan mereka!". Aku tak tahu kenapa kata-kata untuk meresap masuk ke dalam jiwa aku. Yang pasti, kumpulan Emon sedikit tergugat kerana kehilangan seorang pemukul yang hebat. Adik Eda pun dah berjanji akan menarik ramai lagi daripada kumpulan Emon untuk menyertai kumpulan aku.
Dan aku yakin, kumpulan aku bakal menjadi kumpulan pemukul yang hebat yang datang dari kumpulan penangkap. Aku sungguh-sungguh yakin!. Siaplah kau Emon!.
No comments:
Post a Comment