Monday, September 24, 2007

memang kena sabar pun

Yelah, bulan puasa ni bulan yang memang menyuruh kita semua untuk cek balik diri. Paling utama sekali kau letakkan tahap kesabaran kau pada tahap yang paling tinggi sekali. Gitu?.

Walaupun ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan tahap kesabaran kau akan menipis tapi kau masih lagi boleh kawal lagi. Macam aku, aku boleh kawal lagi kalau ada budak-budak kecik menganjing depan aku dengan air tebu dalam tin. Aku boleh kawal lagi juga kalau ada kawan-kawan yang dah tua nak mampus tapi berlagak menganjing depan aku dengan rokok di sedut macam sedut ganja.

Itulah dia, tapi kesabaran aku memang hilang bila nak baca blog, alih-alih kena login masuk bagai nak baca blog dia. Lepas kau login bagai, keluar paparan mengatakan kau tidak dijemput. WtheToot? (puasa). Hek eleh, kalau kedekut sangat nak bagi orang baca, jangan bukak bloglah oi!. Tulis dalam diari yang opis kau bagi tiap-tiap tahun tu.

Serius, aku memang tak faham dengan golongan-golongan ini. Semacam ada satu standard pula untuk mereka, macam standard "kau tak kenal aku, jadi kau tak layak baca apa isi hati aku". Eh, kalau aku tak baca isi hati kau,macam mana aku nak kenal kau kan?.

Untuk sedapkan hati, mungkin dia pernah kena serangan-serangan komen yang menjatuhkan maruah menyebabkan dia serik nak pablikkan isi hati dia.

Entahlah, macam-macam ragam pula manusia di alam siber(aku baca ayat ni).

Aku nak bagitau, ini adalah dunia tanpa batasan, maksud aku, kalau kau cuba tutup dunia tanpa batasan ini dengan benteng-benteng beg pasir yang kau ciptakan, kau memang ada masalah dengan diri kau. Kau takut dengan dunia realiti dan juga dunia tanpa batasan ini. Kalau dalam filem-filem tu, orang panggil dia saiko, paling tidak pun paranoia takpun manusia malang yang fikirkan dia ada penyakit szikoperenia tu walhal takde pun penyakit tu!.

Cadangan aku untuk orang-orang macam tu, pergi mati!. Pffrrtt!

Sekian.

11 comments:

Nazri said...

cayalah! Hehe

-vovin-

Samurai said...

Cuba kau ajar sikit diorang pasal blog. Blog bukan diari.

ayobkelubi said...

vov : itulah pasal. cam bagus jek.hangin aku. hahaha

murai : itulah pasal, kalau dah secretive sgt jgn bukak blog aight?

Unknown said...

Yob, aku dah tulis kat sini 3 kali, asal bila post je seme hilang, stress aku.

eh, jadiklah cam aku, bile takmo org baca or tak suke org yg datang blog aku tuh, aku lari.

yob, aku pindah umah lagik. meh la lawat aku ek.

aku di sini.

blog.cakcibo.com

ayobkelubi said...

caza : kalau ko lari tu kira takpelah tapi yang taruk password bagai nie.geram gue,

Irwan said...

Relax lah bang, jangan emo :D Bulan puasa ni memang menguji kesabaran kita, so saborrr jelah.

doBot said...

Hahahah...marah betul kor nie. Mungkin orang yang letak password tu seorang yang gay. Ataupun, dia tak mahu menceritakan diri dia kat siber tapi mau rakan segay dia tahu cerita dia.

Apapun itu semua....mungkin....

doBot

ayobkelubi said...

irwan : hehehe,mana ada emosi cuma lepas geram jek. hahaha

dobot: betul ker gay?. ko nie mandai2 jek!. ahahah

sinaganaga said...

Gay? Siapa? Ermmmmmmmm...

Ha ha.

Amyz! said...

nak privacy kononnnnn.. hahaha.

ayobkelubi said...

bang naga : oit,oit, bukan aku lah!.hahahaha

amyz : privacy kalu dok pulau ah kan?., hahaha