Thursday, May 03, 2007

radikal ha ha ha

Sejauh mana kau mampu untuk jadi radikal?. Se-radikal pengganas ataupun puak berhaluan kiri?.
Kau fikir hanya dengan mengeluarkan kata-kata yang lantang dan menongkah arus dengan suaramu yang berdesibel tinggi itu mampu menjadikan kau seorang yang radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Atau

Kau fikir kau akan menjadi radikal dengan mengantungkan lilitan-lilitan C4 di keliling badan mu mampu menjadikan kau seorang radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Ataupun, kau fikir dengan uang yang berjuta yang mampu memiliki larian pantas serta badan kental untuk memang sudah menjadikan kau radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Paling tidak pun, kau menulis semahu hati kau seolah-olah dunia ini kau mempunyai peratusan perkongsian saham yang tinggi untuk kau bermaharajalela?.

Fikir sekali lagi beb!.


"Level" radikal kau masih belum sampai ke tahap itu lagi, bukan, bukan!, kau masih belum layak untuk mengiktiraf diri kau seorang radikal. Belum lagi beb!.

Dan

Kalau kau fikir kau radikal sangat selepas menang di tempat sendiri, kau salah beb, salah!.

Ha ha ha

Fikir sekali lagi beb!.

Menang tempat sendiri konon!. Ha ha ha

p/s : Minta maaf, cuba lagi tahun depan eh kepada dua-dua "top of the flight EPL" tu!.

No comments: