Wednesday, May 16, 2007

kalau cikgu itu patung lilin

Ada sesiapa yang berani menjadi lilin untuk menerangi tempat-tempat gelap agar sentiasa dilimpahi dengan cahaya?. Kau berani?.

Selamat Hari Guru beb!.

Aku rasa aku kena sumpah dengan cikgu-cikgu sek menengah aku sebab aku sendiri pun jadi cikgu sekarang.

Zaman sekolah aku, aku bukannya dalam golongan yang bijak pandai atau dalam golongan "cool kids that adore most teachers". Aku lebih terkenal dengan suara berontak aku yang lantang, melanggar undang-undang adalah perkara wajib selain belajar ikut silibus. Sifat berontak aku ini makin menjadi-jadi lepas mimpi basah. Yelah, dah besar katanya!.

Kenakalan aku makin menjadi-jadi bila lepas akil baligh. Bapa aku dah angkat tangan.

"Kau nak jadi apa hah?"

Bila cikgu yang satu ni datang jumpa aku, tarik aku masuk bilik kaunseling, motivasi aku tanpa jemu. Buat aku terjaga, tersentak dari mimpi ibarat macam kena jirus dengan air batu masa tengah syok mimpi bermain dengan Jeniffer Aniston. Main daun teruplah wei!.

Dia tak jemu motivasi aku serta beberapa lagi yang seangkatan dengan aku. Sehingga ada suara-suara nakal di sekolah yang menuduh dia membela aku dan rakan-rakan lain sebagai "toyboy". Bodoh ke apa, ingat aku ni robot Transformer ker?. (Dulu, aku dungu tak tahu maksud sebenar "toyboy").

Dek sebabkan sikapnya yang tidak mengenal erti putus asa, akhirnya kami yang di label oleh cikgu-cikgu lain sebagai "Orang yang tidak ada masa depan, bukan, langsung tidak ada!" mula berubah, terutama sekali aku. Aku sudah diterima dalam lingkungan "Cool kids that adore most teachers". Dua-tiga orang guru lain sudah mahu menerima aku. Malah turut bantu memotivasikan aku.

Cikgu yang satu ini masih juga meneruskan usahanya. Diberinya aku tanggungjawap, diberinya aku kerja untuk mematangkan aku. Kau bayangkan, dari budak yang takde motivasi dilantik jadi ahli motivasi untuk memotivasikan "junior-junior" yang tidak ada motivasi. Berapa banyak motivasi da?.

Hasilnya, hari ini ialah aku, yang sedang menaip entri ini, yang menjadi cikgu untuk menyedarkan mereka-meraka yang seperti aku dulu untuk terus bangkit. Aku memang sungguh-sungguh berterima kasih dengan cikgu yang satu ini.

Kali terakhir kami jumpa dia seminggu sebelum SPM. Dia mengkhabarkan akan berangkat ke Scotland menyambung pelajaran. Itu kali terakhirnya.

Terima kasih Cikgu Tusiah dari saya, ija sirap, tenuk, ajis, fazli telinga kembang, mustain, yuliyanto, faizal lembut, abun dan mahathir.

Jasa cikgu memang tidak terbalas langsung!.

Thursday, May 10, 2007

hear me!, hear me!

Assalamualaikum

Aku dengan sukacitanya ingin menjemput kalian untuk hadir ke majlis kenduri kesyukuran dan akikah anak aku di Felcra Lubuk Cina pada Sabtu ini jam 12 tengah hari. Semoga kehadiran kalian akan membawa berkat. Terima kasih

Peta?

Muat turun kat sini

Thursday, May 03, 2007

radikal ha ha ha

Sejauh mana kau mampu untuk jadi radikal?. Se-radikal pengganas ataupun puak berhaluan kiri?.
Kau fikir hanya dengan mengeluarkan kata-kata yang lantang dan menongkah arus dengan suaramu yang berdesibel tinggi itu mampu menjadikan kau seorang yang radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Atau

Kau fikir kau akan menjadi radikal dengan mengantungkan lilitan-lilitan C4 di keliling badan mu mampu menjadikan kau seorang radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Ataupun, kau fikir dengan uang yang berjuta yang mampu memiliki larian pantas serta badan kental untuk memang sudah menjadikan kau radikal?

Fikir sekali lagi beb!.

Paling tidak pun, kau menulis semahu hati kau seolah-olah dunia ini kau mempunyai peratusan perkongsian saham yang tinggi untuk kau bermaharajalela?.

Fikir sekali lagi beb!.


"Level" radikal kau masih belum sampai ke tahap itu lagi, bukan, bukan!, kau masih belum layak untuk mengiktiraf diri kau seorang radikal. Belum lagi beb!.

Dan

Kalau kau fikir kau radikal sangat selepas menang di tempat sendiri, kau salah beb, salah!.

Ha ha ha

Fikir sekali lagi beb!.

Menang tempat sendiri konon!. Ha ha ha

p/s : Minta maaf, cuba lagi tahun depan eh kepada dua-dua "top of the flight EPL" tu!.