Dua hari lepas, pukul 4 pagi lebih kurang.
"Bang, bangun bang, tolong susukan Ain ni"
Aku terpisat-pisat, gosok-gosok mata. pandang tempat tidur anak aku.
"Yelah"
Aku angkat anak aku sambil mata aku tertutup
Eh,apa pasal anak aku ni ringan semacam jek?.
Rasa macam kain selimut jek ni?.
Aku panik!.
"Bukaklah mata tu bang oi!,yang awak angkat tu kain selimut, Ain kat sini hah!"
Aku buka mata.
Hek eleh, aku tengah dukung kain selimut rupanya. Aku pandang permaisuri. Senyum kambing.
Permaisuri?, dah gelak barai tak ingat.
Aku rasa modal kutukan kain selimut mahu bertahan sampai anak aku setahun nanti. Korang percayalah!.
Tuesday, March 27, 2007
Friday, March 02, 2007
tolong
Aku berhentikan cerita pasal anak aku untuk laluan ini
Vote KIRI for BMW People’s Choice Award.
Kalau kalian percaya kepada "term" kawan-kawan siber sejati. Undi untuk orang tua ini. Filem pendeknya berjaya masuk ke peringkat akhir pertandingan BMW shorties. Yasmin Ahmad merupakan salah satu jurinya. Ingat senang nak buat Yasmin Ahmad teruja?.
Alah, takat kau klik undi kat filem pendek dia, bukan putus pun tetikus kalian. Sekarang filem pendeknya berada pada kedudukan nombor 2. Ayuh,tunggu apa lagi?. Pergi undi!, yang terhegeh-hegeh baca lagi buat apa?. Ha ha ha.
p/s : Tok, jangan lupa belanja makan kat Stulang nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)