Thursday, January 11, 2007

bunuh peri-peri itu

"Kau mahu ini semua kekal selamanya?"

Aku angguk sambil menutup mata, membayangkan bibir halusnya yang merekah bak tanah yang kering tapi ini tanah yang subur.

Dia terus menghirup coklat panas, perlahan-lahan.

Aku buka mata. Bintang seperti mahu aku memetiknya.

"Cuba kau petik bintang itu satu untuk aku". Dia menunjuk kepada salah satu bintang pada "Orion's belt".

Mana mungkin aku boleh memetiknya. Gugur langit kerana hilang salah satu tongkatnya. Dia bangkit sambil menarik nafas. Mendepangkan tangan seluas boleh.

"Aku mahu ini semua kekal selamanya!". Suaranya memecah kesunyian malam kota Edinburgh sambil dia berpaling kepada ku tersenyum.

Ya, senyumannya itu yang membuatkan tidur malam ku tak lena. Tidur malam ku tidak lena selepas melihat senyumannya yang kali akhir itu.

Kerana

Dia terjun ke bawah dari bumbung blok tiga tingkat itu selepas melemparkan senyuman peluluh jiwa raga ku. Aku terpana dan hanya mampu mengelipkan mata.

"Kau terlupa baju panas mu sebelum terjun tadi", gumam aku sebelum turun perlahan-lahan dari situ.

Dia, akan kekal selama-lamanya disitu.

No comments: