Tuesday, January 23, 2007

hikayat satu situasi

Begini

Ada satu makhluk (kita panggil dia En Kromosom) yang sungguh bermulut celupar tapi baik hati. Ada satu makhluk (kita panggil dia Fewwwit), ada satu makhluk (kita panggil Mamat sentuh).

En Kromosom ini dah lama kenal sangat dengan Fewwwit, kira dah anggap macam adik beradik. En Kromosom kenal Fewwwit, Fewwwit pun kenal dengan En Kromosom. Masing-masing saling menghormati satu antara lain.

Kemudian

Datang Mamat sentuh ke dalam dunia En Kromosom, dia yang baik hati tapi bermulut celupar ini pun menerima kedatangan Mamat sentuh ini sepenuh hati tanpa sebarang prejudis berperisa bananamocha pun. Mereka berdua sungguh-sungguhlah rapat dan selalu bersengkongkol membuat perkara-perkara bersama-sama. Baiklah katanya!.

Nak dijadikan cerita

Mamat sentuh ini kesepian, sekali lagi En Kromosom yang bermulut celupar tapi baik hati menghulurkan bantuan (tapi dia dah maki sedas-dua kat Mamat sentuh sebelum itu), lalu menghulurkan bantuan.

Seterusnya

Fewwwit pun dihulurkan salam perkenalan kepada Mamat sentuh sebab Fewwwit kan dah macam adik beradik dengan En Kromosom?,En Kromosom tumpang bahagia, yelah dah jadi bertigalah untuk bersengkongkol membuat perkara-perkara bersama-sama.

Rupanya, langit tidak selalu berawan

Mamat sentuh telah bersengkongkol dengan Fewwwit untuk membuat perkara-perkara bersama-sama dengan menidakkan hak-hak En Kromosom. En Kromosom yang tahu perkara itu pada mulanya amatlah sedih, tak sangka jadi begini tapi dia bertindak bijak untuk tidak mengenengahkan perkara ini supaya tidak menjadi wabak berjangkit.

Hendak dijadikan lagi parah

En Kromosom terkejut kerana rupa-rupanya selama dia berkawan dengan Mamat sentuh, rupa-rupanya Mamat sentuh menyimpan satu perasaan yang sungguh zahir tidak terucap. Mamat sentuh berdendam dengan En Kromosom!. Ini satu berita yang sungguh tidak dapat diterima!. Selama ini Mamat sentuh tidak boleh menerima keadaan En Kromosom yang bermulut celupar tapi baik hati. Dia mahu En Kromosom menjadi bermulut manis tapi busuk hati.

En Kromosom sungguh kesal bila dapat tahu akan perkhabaran itu. Lebih-lebih lagi dia telah menyebabkan Fewwwit turut terjebak sekali. Apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana kuasa Jedi ada pada En Kromosom sungguh terhad, nak pusingkan waktu balik?, mungkin tidak akan berlaku.

Natijahnya

En Kromosom mengambil keputusan untuk tidak lagik menganggu hidup mereka berdua. Biarlah mereka berdua terus berdua-duaan. En Kromosom hanya mampu berdoa agar Mamat sentuh sedar. Sedar bahawa dia sepatutnya berterima kasih.

Sekian.

Friday, January 19, 2007

bagaimana hendak aku

Kau inginkan aku menulis puisi
Tapi kau yang tentukan isi

Kau inginkan aku menulis sajak
Tapi kau mahu isinya jadi sesak

Kau inginkan aku membaca syair
Tapi kau benci isinya yang hanyir

Kau inginkan aku bergurindam
Tapi kau mahu isinya penuh dendam

Kau inginkan aku berseloka
Tapi kau tidak mahu berjenaka

Kau inginkan aku berpantun
Tapi kau sendiri tidak bersantun

Jadi

Kenapa kau?
Kenapa dengan engkau?
Nak ganggu dunia aku yang maya ini?

Thursday, January 11, 2007

bunuh peri-peri itu

"Kau mahu ini semua kekal selamanya?"

Aku angguk sambil menutup mata, membayangkan bibir halusnya yang merekah bak tanah yang kering tapi ini tanah yang subur.

Dia terus menghirup coklat panas, perlahan-lahan.

Aku buka mata. Bintang seperti mahu aku memetiknya.

"Cuba kau petik bintang itu satu untuk aku". Dia menunjuk kepada salah satu bintang pada "Orion's belt".

Mana mungkin aku boleh memetiknya. Gugur langit kerana hilang salah satu tongkatnya. Dia bangkit sambil menarik nafas. Mendepangkan tangan seluas boleh.

"Aku mahu ini semua kekal selamanya!". Suaranya memecah kesunyian malam kota Edinburgh sambil dia berpaling kepada ku tersenyum.

Ya, senyumannya itu yang membuatkan tidur malam ku tak lena. Tidur malam ku tidak lena selepas melihat senyumannya yang kali akhir itu.

Kerana

Dia terjun ke bawah dari bumbung blok tiga tingkat itu selepas melemparkan senyuman peluluh jiwa raga ku. Aku terpana dan hanya mampu mengelipkan mata.

"Kau terlupa baju panas mu sebelum terjun tadi", gumam aku sebelum turun perlahan-lahan dari situ.

Dia, akan kekal selama-lamanya disitu.

Friday, January 05, 2007

go long!

Well i guess it's another new year for us. Still the same fireworks, same celebrations that the people ought to have it. I mean hungrily need it. It's only number after all but then who am i to whinned about it right?.

No need for such resolutions that we will going to have it or fix it, just say it to yourself that i am a better person everyday on each times, you sure going to feel alright but again who am i to whinned about it right?.

The only goal that i really waited for is to give "azan" or "iqamah" to my long awaited love one. Which are we ( me and queen) been longing for. Hopefully everything going to be smooth and easy.

N0, i can't write it in detail about it. Maybe later but then this english writing things sure going to be a frequent as to "asah" back all the long forgotten skills. Mind my if you find it a little bit annoying, i am still learning and unlearn.

Till then, in the next entry ok?.