Lama betul aku tidak menulis apa-apa mengenai apa-apa tentang hidup dan sekitar aku ini. Barangkali disebabkan faktor penutupan urusniaga ASB kot?. Hehehe.
Ok, ok dekat mana nak mula?.
Ke aku nak buat karangan macam masa sekolah dulu-dulu?.
"Ayob, awak pergi mana cuti sekolah hari itu?". Hahaha.
Senang cerita, kita bahagikan kepada beberapa sub-sub cerita supaya tidak lost track katanya.
Sub 1 : Aku dan hiburan?
Bulan ini saja aku layan 2 filem dekat panggung. CINTA dan Happy Feet.
CINTA untuk aku telah termasuk dalam senarai filem-filem Melayu yang aku suka. Kira sudah ada 3.
Aku suka Sayang Salmah
Aku suka Jimi Asmara
Aku suka CINTA
apa aku nak komen tentang CINTA?. tak perlulah ek?. Semua orang dah tahu. Semua orang dah oooohhhh, Semua orang dah ahhhhh tentang CINTA.
Yang pasti, aku respek dengan semua pelakon-pelakon dalam CINTA dari Chegu Elyas sampai lah kepada Zul Kapan--> yang ni nama dia dalam ROCK, ( aku lupa nama dia dalam filem CINTA ni).
Happy Feet?. Aku keluar dari panggung, terus cuba nak menari macam Mumble buat. Semua orang pelik tengok aku. Permaisuri dah malu tahap cipan. Hahaha. Filem animasi memang buat aku jadi manusia gembira tapi permaisuri lebih suka kepada Madagascar. Citarasa masing-masinglah kan?.
Tamat.
Sub 2 : Aku dan anak-anak saudara
Cuti sekolah memang jadi satu perkara yang memenatkan aku. Macam mana?. Asal cuti sekolah mula saja, mulalah anak-anak saudara yang rapat dengan aku dan permaisuri bagi hint tempat bercuti yang best-best. Pening kami berdua macam mereka takde mak bapa pulak!.
Demi mengekalkan hubungan diplomatik yang berjaya antara IL-IL's semua. Aku layankan sahaja. Keputusannya kami berkampung di Pedas Wet World. Puas hati semua orang. Aku dan Amira Najad ( tahun depan nak UPSR ni!) layan gelungsur air pakai pelampung dekat 20 kali kot. Hahaha. Macam mana tak berulang kali. Aku layan gelongsor tu macam half pipe dekat skateboard park. Nak terbalik tapi tak terbalik sampai orang lain tengok semua kecut perut. Sampai ada satu mamat cina ni cakap dengan aku,
"Lu gila,nanti tercampak keluar maaa". Hahaha.
Tamat.
Sub 3 : Aku dan Emosi
Sejak dua menjak ini. Aku rasa macam nak sound direct sahaja kat IL-IL's aku yang berkira sangat. Kalau ikutkan susur galur, memanglah aku tak layak sebab aku ini orang luar dan menantu yang bongsu tapi kalau dah sampai tong gas pun boleh jadi benda nak berkira(contoh sahaja). Tak patutlah pula!. Aku layankan kemahuan anak-anak korang semua takde pula aku minta balik sesen pun. Korang takleh nampak ke, bila aku datang, anak-anak korang semua melonjak kegembiraan?. Sebab apa?, sebab mereka tahu Pak Busu ini akan layan semuanya sama adil, sama rata!.
Aku kesal sungguh!. Sepatutnya makin tua, makin berotak!, ini tidak, makin bengap!. Sungguh-sungguh pentingkan diri sendiri. Kenapa masih ada ragam macam ni?.
Tamat.
Ok cikgu. saya dah tamat cerita apa saya buat masa cuti sekolah hari tu. Terima kasih.
1 comment:
WO?
Post a Comment