Friday, May 26, 2006

HIRKB : versi 0.0001

Tahun 2000.

Aku, Along dan Ada baru habis belajar. Kami kena lapor diri untuk berkhidmat dengan "gomen". Penat betul!.

Masa tu pusat pentadbiran dekat dengan kawasan PWTC.

Selepas 2 jam duduk mendengar apa-apa yang perlu dan tidak perlu untuk jadi orang gomen, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa penentu dekat mana kena campak untuk jadi che'gu.

Berdebar-debar beb!.

Buka surat, aku kena campak dekat Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tanya Along, dia kena campak dekat Kulim, Kedah

Tanya Ada, mata dah merah, terisak-isak menangis.

Aku pelik.

"Kau kena campak mana Ada?".

"Aku kena pergi Sabah!". Uwaaaaaaaaaaaa!.

Aiseh, aku tepuk dahi, Along geleng kepala. Memang kami bertiga akan terpisah jauh ler gamaknya.

Aku amik surat dari Ada. Baca

"Oit, haram jadah apa pulak Pedas kat Sabah!".

"Erk?".

"Pedas kat Negeri Sembilan ah!".

"Hahahahaha". Gelak aku dan Along berterabur macam gelak orang jahat.

"Pedas kat Sabah!. Uwek!".

Ada malu + bengang.

"Korang jahat!".

Sekarang kalau aku jumpa Ada.

"Ada, Pedas kat Sabah ker?"

Hahaha.

p/s : HIRKB membawa maksud Hidup Ini RollerKoster Bebeh. Aku tak nak tulis panjang. Nanti kena tuduh plagiat dari Bang Naga atau Tok Rimau. Hehehe.

6 comments:

sinaganaga said...

Hang pernah naik rolekoste?
Ha ha.

doBot said...

Yob...kampung den kat Pedas. Kerja gomen apa yek kat sana?

Pegawai Khalwat said...

Dekat rupanya kita. Aku kat Tanjung, Semut pula kat Teluk Air Tawar.

tuan tanah said...

pedas kat sabah? :D

ayobkelubi said...

bang naga : oit,oit,aku hantu rollerkoster.jom ah celen! :D
dobot : che'gu ler.ker ko nak berjasa utk haiwan2 di sini yg memerlukan pembelaan?.bagus tu!

pegawai : eh,eh salah tu.aku kat pedas beb!

tuan tanah : tu ler,masa amik geografi asyik skip kelas jek!.hehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Selalu lalu Pedas via PLUS.... :)