Friday, May 26, 2006

HIRKB : versi 0.0001

Tahun 2000.

Aku, Along dan Ada baru habis belajar. Kami kena lapor diri untuk berkhidmat dengan "gomen". Penat betul!.

Masa tu pusat pentadbiran dekat dengan kawasan PWTC.

Selepas 2 jam duduk mendengar apa-apa yang perlu dan tidak perlu untuk jadi orang gomen, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa penentu dekat mana kena campak untuk jadi che'gu.

Berdebar-debar beb!.

Buka surat, aku kena campak dekat Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tanya Along, dia kena campak dekat Kulim, Kedah

Tanya Ada, mata dah merah, terisak-isak menangis.

Aku pelik.

"Kau kena campak mana Ada?".

"Aku kena pergi Sabah!". Uwaaaaaaaaaaaa!.

Aiseh, aku tepuk dahi, Along geleng kepala. Memang kami bertiga akan terpisah jauh ler gamaknya.

Aku amik surat dari Ada. Baca

"Oit, haram jadah apa pulak Pedas kat Sabah!".

"Erk?".

"Pedas kat Negeri Sembilan ah!".

"Hahahahaha". Gelak aku dan Along berterabur macam gelak orang jahat.

"Pedas kat Sabah!. Uwek!".

Ada malu + bengang.

"Korang jahat!".

Sekarang kalau aku jumpa Ada.

"Ada, Pedas kat Sabah ker?"

Hahaha.

p/s : HIRKB membawa maksud Hidup Ini RollerKoster Bebeh. Aku tak nak tulis panjang. Nanti kena tuduh plagiat dari Bang Naga atau Tok Rimau. Hehehe.

Thursday, May 18, 2006

bersawang betul

Hilang akal.

Dekat sebulan dah, kalau motherboard dalam casing tu boleh kumpul habuk buat semut duduk jek.

Aku masih sedih lagi sebab terkeluar dari JURING, hehehe

Sebenarnya bukan tak nak tulis apa-apa cuma semenjak dua perpuluhan menjak ni aku rasa hidup aku macam takde yang menarik untuk dicoretkan jadi bahan cerita mahupun benda-benda sekeliling aku yang membolehkan aku teruja untuk menulis.

Barangkali aku sudah kehilangan "the touch" mungkin?.

Paling tidak pun aku masih sibuk meraikan kemenagan Liverpool lagi kot?.
Hahaha.

Ikutkan hati serta medula oblongata (betul ker aku eja ni?), aku memang dah ready nak publish dua tiga cerita yang memang dah ada dalam hard disk laptop aku tapi...biarlah dulu. Macam ada yang kurang lagi.

Proses facelift blog pun sedang berjalan. Aku tengah mencari tempel-tempel yang menarik untuk menjadikan blog aku agak menarik sikit.

Eh, nanti sambung lagi ek?. Apa-apahal pun keep on blogging aight?