Tuesday, April 05, 2005

si ketot datang menyerang

itulah.

mungkin dia fikir ruang kerja aku ialah salah satu kawasan dalam taskanya.dia buat macam rumah sendiri.

habis semua diusiknya.nasib baik rack switch tu besar dan berat.kalau tak,dihogahnya.mengamuk salleh dengan aku.itu salleh punyer proxy kesayangan.

tanya aku.

"ni tv siapa punya" sambil menunjuk ke arah monitor di lantai.

ceh.

aku tengok erna sibuk melayan.ke hulu ke hilir.

"mari sini,jangan lari-lari".

ah,sudah.dia dah jumpa grill.dia buat aksi ala-ala spiderman si
  • tipah

  • ni.

    dentam-dentum bunyinya.

    adeh,telinga sebal rasanya.

    aku jegilkan mata.

    "aku gigit tengkuk ko nak tak?".

    hek eleh,sengihnya sahaja.

    dentam-dentum bunyinya lagi.

    bapanya datang.

    seret dia pulang.dia menangis menjerit-jerit tak nak balik.

    "nak panjat lagi!!!".

    nun,di hujung tangga,tangisannya masih lagi kuat.

    "nak panjat lagi!!!".

    aku nak tukar pintu ruang kerja aku kepada door vault macam bank negara.sapa masuk mesti mampus tak bernafas!.hahahaha.

    No comments: