Wednesday, March 23, 2005

365 hari mencari huruf

jadon : ya berjumpa kembali dengan saya yang riak dan sombong lagi macho dalam
rancangan 60 saat bersama bongok bloggerok (blogger yang rock).

ayokelubi : hai mak,ayah,kawan-kawan,eh ni tengah live ke siaran rakaman jek?

jadon : oi mangkuk,aku belum habis cakap lagik ko dah menyampuk kenapa?.ya bersama saya kali ini ialah saudara ayobkelubi iaitu ketua juruteknik untuk blog ayobkelubi.

ayobkelubi : hai mak,ayah,kawan-kawan,eh ni tengah live ke siaran rakaman jek? roccckinnnnggggg!!!.(sambil jelir lidah macam KISS).

jadon : suka hati ko lah,baiklah para pembaca sekalian.tujuan kita menjemput saudara ayob ini ialah untuk memperkatakan tentang pengalamannya bekerja selama 365 hari dalam blog ayobkelubi ini.

ayobkelubi : ya,saya telah mula berkerja secara rasmi pada 23hb mac tahun lepas tapi masa tu saya masih takde permit yang sah lagik.kira masuk dalam negara pakai mesin fax jek.skang ni saya dah sah.dah ada legal paper bak orang putih kata.

jadon : baiklah,kira kerja-kerja ko yang pertama dalam blog ini apa ek?.

ayobkelubi : o0o0o0o0o0o,banyakkkkkkkkkkkk,menyapu,mengemop,buat air nescafe untuk bos,masuk meeting tapi yang paling best ialah tukang tulis alasan-alasan atau cerita sedih pihak pengurusan kat dalam bloglah!.seronok,tengok orang lain baca cerita-cerita yang aku tulis!.

jadon : dipahamkan blog pertama bukanlah berada pada kedudukan sekarang ni?.ko paham tak apa aku cuba tanya nie?.

ayobkelubi : mangkuklah si penemuramah ni,mestilah aku paham.saya tahu dunia ini indah,macam-macam ada kat luar sana..errr betul ker aku jawap nie?.

jadon : itulah ko!.aku tanya blog nie sebelum ni memang ada kat blog ni ker?.

ayobkelubi : o0o0o0o0,tak tak,kanda main import export sahaja.hehehe..gurau senda dipagi raya kejap.sebelum ini blog ini berada di kawasan jajahan tripod yang amat sempit lagi ketat untuk diuruskan.jadi pihak pentadbiran telah ambil langkah panjang dan drastik lagi spastik untuk memindahkan ia ke blogspot ini.

jadon : baik-baik,perasaan ko mula-mula masuk kerja kat tempat ni pulak camner?.berbaur-baur ke?.berterabur ker?.berirama senandung semalam ker?.ber....

ayobkelubi : eeeeeeeii,berapa banyak ber dah ko nak pakai?.baiklah.perasaan tu kira macam takde perasaan sangatlah.yelah.kita makan gaji.kenalah ikut pihak pengurusan apa yang diorang nak.kalau diaorang hari tu nak makan mcD,kenalah pergi runner beli mcD.kang kalau beli sate kajang kena buang kejer lak!.ko paham tak?.

jadon : ikut kat ko lah.soalan seterusnya pula,apa yang menyebabkan ko nak berkerja dengan blog ayobkelubi ni?.maksud aku,ada sesiapa dibelakang ko yang membuatkan ko tergerak nak berkerja disini?.

ayobkelubi : ada orang belakang aku ker?.mana dia?.tak nampak pun?.hahahaha.kena,satu kosong!.ok,serius sebenarnya ada sekali tu aku tengah surfing the net,aku tercome across site ni http://honeybiru.org ,jadi aku pun macam terujalah nak tengok apakejadah benda alah tu,lepas tu aku pun pergi buat survey kat sini http://maxolon.tripod.com ,alih-alih sedar-sedar aku dah mintak kejer kat blog ni.lepas tu bak kata orang putih lagik,the rest is history,belen-belen is sejarah.gitulah.

jadon : o0o0o0o00.dipahamkan,selepas ko berkerja dengan dengan blog ini,orang macam dah kenal ko ke ko yang perasan lebih?.

ayobkelubi :wah-wah sedap gusi dan langit-langit jek sound aku perasan!.siku nak?.perasan mak san,yang aku tahu sejak aku kejer dalam blog ni.aku telah ramai jumpa mereka-mereka yang sama level ngan aku.ada jugak yang tinggi level dia dari aku.semuanya dapat menerima aku seadanya.kitaorang ada persatuan tau!.

jadon : persatuan?.maksud ko persatuan juru-juru teknik blog?.

ayobkelubi : bukanlah hawau!.kira persatuan ni macam menyatukan kami yang bekerja di dunia korporal eh silap korporat bloglah.kalau ko nak,ko pun leh join gak,takde bayau apa-apa pun cuma bila datang kemaruk nak berpesta tu,adalah buat collection sikit.ko boleh rujuk kat http://jurnal.biz .ini halaman asmara rasmi persatuan tu ler.

jadon : ko mesti boringkan kalau hari-hari kerja kat blog ni?.jadik,selalunya ko lepak mana kalau time lunch ker,ngulor ker?.

ayobkelubi : eleh,macamlah dia tak pernah ngulor.ok,selalunya aku lepak kat banyak tempat.maklumlah orang terkenal ni payah sikit nak lari dari peminat.hehehe.selalunya aku suka lepak kat opis mamat kembara ni:http://fikirandalamkembara.blogdrive.com,mamat truttt truttt ni :http://irwandy.com ,minah senget ni :http://delima.blogdrive.com dan ramai lagilah.

jadon : leh tahan gak ko nie eh?.

ayobkelubi : tengok bulu kaki ler brader oiii!.itu port lepak,kalau urusan-urusan rasmi untuk blog ni,aku selalu deal dengan mereka ini,blog ni untuk dapatkan bekalan anggur fresh : http://kroni.biz/jj,yang ini untuk dapatkan mood kerja dan pandangan ahli akademik yang biol tahap cipan beranak lapan :http://tokrimau.tk manakala yang ini nak tahu peratusan ketebalan salji ada ke tak kat blog dia : http://joeperantau.blogspot.com tapi berurusan dengan blog ini paling gerek ah aku cakap ko,rasa macam ko tengah tengok kabel tv jek! : http://nizamzakaria.blogspot.com.

jadon : fuh,hebat betul ko ek?.aku ingat cacai biasa jek.

ayobkelubi : lahanat betul,ader ke aku ni cacai jek?.weeiii,aku pun amik SPM lah!.

jadon : ok,penerbit kata masa dah time,soalan terakhir,apakah harapan ko terhadap blog ni dan harapan ko sendiri.

ayobkelubi : jap,aku ada tulis skrip untuk soalan tu.(carik dalam poket,celah helmet,).jumpa dah!.harapan abang untuk mak dan ayah..eh ni skrip mintak maaf raya aku!.hehehe.

jadon : hentam sajalah mangkuk!.

ayobkelubi : jap,ada tadik aku tulis masa berak dalam toilet,wangi ek toilet ko?.ni hah,kat celah rambut aku rupanya.ok,harapan aku ialah semoga blog ini akan terus bertahan dengan jayanya,jangan hot-hot chicken shit jek,nanti aku nak makan apa weh? serta kepada pihak pengurusan naikkanlah gaji saya dan tukarlah sikit persekitaran blog ni.cam tak best jek aku rasa.itu sahaja.

jadon : itu saja?.ok terima kasih ayob kerana sudi membuangkan masa anda untuk pihak kami.saya akhiri dengan ucapan semoga cik ayob dan blog ini akan terus maju jaya.selamat menyambut ulang tahun yang pertama untuk anda dan warga blog ayobkelubi!.

ayobkelubi : hek eleh,dah tahu buang masa,bagilah makan-makan ker,minum ker.kedekut taik hanyut betullah company ko ni.

jadon : yalah,yalah kang aku bagilah ko makan!.penerbiittttttt,tengok ni dia pulas tengkuk aku!.arrgghhh tolong!!.

p/s: dah setahun beb gua mem"blog"lan diri!.yay!

1 comment:

Romantis Selatan said...

tak ada blog Pak Naga... Blog AyobKelubi pun okey jugak... layan je lah!!! terubat jugak duka di hati..