Tuesday, September 27, 2011

Eulogi (untuk mereka yang masih dangkal)

Kau memang sentiasa ada
Kau memang selalu ada
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau

Kau memang ada benda untuk di janji
Kau memang ada benda untuk di tunaikan
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau
Kita semua pasti akan merindui kau


Kami harapkan kau sentiasa baik
Kau selalu canangkan bahawa kau tak takut untuk mati
Jadi, selamat tinggal
Jangan menangis disini
Mahupun merasa sedih
Tidak semua jalan ada cahaya dihujungnya
Terima kasih kerana mencuba
Berdiri megah,tegak diatas
Kau memang handal bersuara


Kami akan merindui kau
Sentiasa merindui kau


Salah dan betul
Itu sebenarnya diri kau
Ya
Kami akan merindui kau
Sangat merindui kau nanti
Jangan sesekali menyesal
Itu yang selalu kau canangkan
Macam aku peduli sangat!.

Tapi

Ianya terlalu bingit
Terlalu menyesak
Dengan pendirian kau yang merapu
Ianya terlalu bingit
Kaukah yang mahu menyelamatkan aku dari kehidupan ini?
Bila mana yang memerlukannya tidak mahu kau peduli.
Dan kau masih menganggap kau bijak sedangkan realitinya masih kabur.
Ibarat memecahkan kepala sendiri tanpa bantuan
Dan kami sungguh terhibur dengan sikap mu itu.

Berdiri megah,tegak diatas
Kau memang handal bersuara
dan
Kami akan merindui kau
Sentiasa merindui kau


Kami akan sentiasa menunggu si bodoh baru seperti kamu
Untuk mencanangkan suara
Berjanji untuk mati demi kami?.
Jangan kau mungkiri janji itu lagi.

Berdiri megah,tegak diatas
Kau memang handal bersuara
dan
Kami akan merindui kau
Sentiasa merindui kau
Mampukah kau
Mampukah kau
Untuk tunaikan janji itu?.

Jangan kalut
Membaca eulogi ini
Yang sememangnya untuk kau.

Kau memang sentiasa ada
Kau memang selalu ada
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau

Ingat

Kematian kau
Adalah untuk menebus
dosa dan silap kami
Selamat tinggal!.

Kau memang sentiasa ada
Kau memang selalu ada
Kami akan merindui kau
Aku akan merindui kau

(Inspirasi dari Tool : Eulogy)

Tuesday, August 16, 2011

Puasa le beb!

Punyalah lama, sampai lupa aku ada blog.

Gamaknya bulan puasa ni, kena tadarus lebih lagi tapi bab moreh memang gua tak boleh nak buang perangai zaman budak-budak.

" Moreh apa malam ni?".

" Cekodok dengan air neskepe je"

" Yessssssss, memang chareeeee"

Nampak tak?. Niat ke surau tu masih lagi sama masa umur gua 14 tahun!. Keh keh keh!. 

Cuma satu aje gua tak puas hati.

Sejak bila pula duit zakat guna untuk stabilkan harga ayam?.



Tuesday, July 12, 2011

Ketawa itu baik.

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”. Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”. Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah beredar dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : " Kamu ada abang di sekolah ini?"

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.

 Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%^%

- Ekstrak dari emel grup aku.