Tuesday, July 12, 2011

Ketawa itu baik.

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”. Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”. Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah beredar dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : " Kamu ada abang di sekolah ini?"

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.

 Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%^%

- Ekstrak dari emel grup aku.

Wednesday, June 01, 2011

Asal naik, kena ubah semuanya.

Semalam aku tengok berita. Tengah hangat memperkatakan pasal kenaikan terbaru ini.

Ok, temuramah semua rakyat yang rata-rata "menyokong" kenaikan ini. Tiada masalah. Itu hak mereka nak bersuara.

Ok, keluarkan kenyataan mengatakan kita masih termurah (macam biasa). Tiada masalah. Itu hak mereka nak buat kenyataan.

Jangan pakai "aircond", guna kipas sahaja. Yang ini memang aku tak ok. Macam mana nak makan aiskrim dalam bilik kalau panas?. Mana nak dapat "feel"nya?. Alasan yang satu ni, memang aku marah, tak boleh terima sangat!.  Ingat ni negara empat musim?. Gampang!.

Kah kah kah!. 

Thursday, May 05, 2011

Salahlah lagu tu Mak Ngah!

Ini cerita bulan lepas. Lama dah. Aku baru dapat mood nak tulis dalam ni.

Cerita ni aku dapat daripada Kak Teh. Mengekek aku gelak lepas Kak Teh cerita dekat aku. Macam ni ceritanya.

Masa tu aku dah masuk dalam dewan. Siap sedia untuk naik pentas. Jadi, dua jiwa raga aku tu ditinggalkan dekat luar dewan. Kah Teh dengan Bad tolong jagakan Ain dan Aleesya.

Nasib baik ada Mak Ngah Limah kerja kat UTM tu. Lepas habis duti, Mak Ngan Limah datang jumpa Kak Teh. Bolehlah Mak Ngah Limah bergomol-gomol dengan Ain dan Aleesya.

Kak Teh cerita lagi. Dari dalam masjid lagi, Ain dah mengaruk ajak dia pergi beli bunga yang ada beber (anak patung beruang) untuk aku.

Kak Teh kagum. Wah, anak yang baik!. Suka nak kasi ayah dia gembira. Kak Teh tanya Ain,

"Nak beli pakai duit siapa kakak?".

"Duit mak tehlah, siapa lagi" jawab Ain selamba. Kak Teh cakap terkena dah aku!. Ha ha ha!.

Jadi, Kak Teh ajak Mak Ngah Limah temankan Ain sekali. Mak Ngah Limah pakai Myvi putih. Ranggi!.

Mak Ngah Limah makcik yang suka menyanyi. Jadi masuk dalam kereta, Mak Ngah Limah pun menyanyi. Kak Teh cakap masa tu Mak Ngah Limah tengah nyanyi lagu yang bunyinya

"Akuuuuuu bukanlah superman, akuuuuuuu juga bisa nangisssss". Mak Ngah Limah jiwangkan?.

Tiba-tiba Ain menyampuk.

"Salahlah mak ngah, bukan macam tulah!."

"Habis macam mana kakak?" Mak Ngah Limah tanya balik.

Wah, anak dak Alip ni, handal bab-bab lagu ni!, fikir Mak Ngah Limah

Biasalah, bapak rokes, anak pun kena rokes.

Kak Teh cerita lagi. Muka kakak memang penuh ekspresi. Siap dengan tangan dah. Kak Teh dengan Mak Ngah Limah tunggu dengan penuh perasaan.

Ain dengan tenang nyanyikan lagu yang "betul"nya.

"Bangun pagiiiii, gosok gigiiiii, cuci mukaaaa, terus mandiii. Pakai bajuuu, makan rottiiii, pergi sekolah!, suka hatiiiii".

"Yang ni baru betul Mak Ngah!".Lepas habis nyanyi lagu "betul" punya. Muka Ain memang cas bangga. Mak Ngah Limah punya tahap gelak sampai meleleh air mata. Kak Teh dah terbahak-bahak dalam kereta.

Lepas tu cerita kat Bad, Bad pun bantai gelak tahap cipan. Aku lagilah, gelak sakit perut punya!.

Ain o Ain!. Memang anak ayah "true" punya!.