Tuesday, January 29, 2008

Tambahkan 5 ringgit lagi

"Beb, hidup ini macam prepaid." Kak Moon yang ranggi, pakai ketat "carrot cut" bilang sama aku masa tengah lepak-lepak pekena roti dekat Restoran Mansur depan Datarang Senawang. Dulu.

"Apahal lak macam prepaid kak?." Aku kacau roti yang disiat-siat halus dengan kuah dal campur sambal ikan bilis, sambal ikan bilisnya ada bau sikit.

"Lu lupa nak topup, alamatnya lu mati beb, mati!." Jelas Kak Moon beria-ia sambil mengoyang-goyangkan tangannya. Walaupun rock, penuh gelang emas separuh lengan.

Kalau takut lupa, baik pakai "line" saja. Bisik hati aku sambil kacau sudu dalam neskafe suam aku.

Kalau pakai "line", mahal bai!." tukas Kak Moon yang rock rambut mengerbang ala-ala Cyndi Lauper.

Aku tersedak. Ada makrifat apa perempuan gila ini?.

Aku senyum sambil teguk air neskafe yang tinggal suku itu.

Dulu.

Sekarang Kak Moon dah insaf, tak rock lagi. Kak Moon sekarang sudah jadi baik . Sudah sibuk mencari duit.

"Masuklah dik, untuk masa depan kau juga."

Aku hanya mampu senyum lagi.

"Kak, hidup ini macam prepaid."

Kak Moon telan air liur.

"Kalau saya masuk "line" Kak Moon nanti, tak berdosa ke saya?."

Kak Moon tunduk diam. Hujung kakinya menguis daun-daun kering yang mereput.

Aku hanya mampu senyum dan meninggalkan dia.

"Beb, hidup ni macam prepaid!."

Tuesday, January 22, 2008

Bijak

Gua dah cakap.

Bijak tu bukan semulajadi tapi lebih kepada semangat, usaha dan kebolehupayaan mengambil peluang yang ada. Itu baru bijak!.

Friday, January 18, 2008

cubaan pertama 1.0000001

Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-caritujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam

Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
Rakyat Kedepan!

Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata

Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus Kerja sama
Jaga jaga Jaga nama
Kalau jatuh Depa pijak
Kerja sama Boleh maju
Jangan malas Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini Buat rosak
Tukar cara Kita fikir Baru hapus KORUPSI!
Tukar cara Kita fikir Baru hapus KORUPSI!

Kelibat Korupsi oleh One Buck Short

Ok, ok. Aku baru beli album KAMI OST tu dan lagu ini sungguh-sungguh buat aku tergelak besar. We should play this song during any political meeting such as you know which party.
Tahun ini, aku nak cuba penuhkan blog aku dengan rebiu-rebiu album,filem ataupun buku. (Aku masih berhutang dengan sindiket sol-jah untuk rebiu buku-buku mereka. Maaf sarjan naga!). Manalah tahu untung-untung blog aku dapat masuk Astro Awani!. Jangan marah vovin, hiks!.

Tapi disebabkan sudah pukul lima duapuluh petang hari jumaat yang bahagia ini, jadi aku rebiu OST KAMI ini bila di ijinkan nanti.

Cargas!