Saturday, December 07, 2013

Uji kaji


Betul. Uji kaji ni. 


Boleh klik. Lepas tu tanya aku. 

Terima kasih. 

Monday, December 02, 2013

:(

Al fatihah untuk

Noor Syafikah Nadia
Nur Izzati Husna Rusdi
Puteri Nurul Akma

Adik Puteri baru berumur tiga tahun. Apa dosa mereka sampai begitu sekali diperlakukan?.
Khabarnya lemas tapi aku percaya polis pasti memburu "binatang" yang melakukannya.

Kalau aku jadi bapa mereka, pasti hilang akal di buatnya kerana aku juga ada tiga anak perempuan.
Allahuakbar.

Al fatihah untuk mereka bertiga.

Dan kau masih lagi dengan polemik "negara masih aman?".

Apa dosa mereka?. Yang sulungnya khabarnya gigih bekerja bagi membantu keluarga. Apa dosa mereka?

Allahuakbar.

Pihak berkuasa, jangan buang masa. Itu saja rakyat mahu.

Tuesday, July 23, 2013

Drama Puasa 2013

Kalau tahun lepas kisahnya sebelum berbuka puasa. Sini

Tahun ini dramanya selepas berbuka puasa.

Alhamdulillah, kali ini puasa kakak Ain sangat baik. Semangatnya kental. Rileks sahaja. Aku pun tak nak "pressure" dia sangat bila mana dia tak larat, aku suruh dia duduk atau baring sambil tengok tv. Bangun sahur pun ok. Takde nak lentok depan pinggan lagi macam tahun lepas. Lepas sahur, terus steady tak tidur-tidur sambil tengok tv (lagi).

Bezanya puasa kali ini, kakak dah kena ikut solat sama, biasanya untuk solat Maghrib. Masa ni lah drama selepas berbuka bermula.

Kakak makan laju, lepas berbuka, dia akan habis dulu makan sebab apa?. Ye kawan-kawan. Nak kejar tengok Sofia the Princess dan rancangan sewaktunya dekat tv (lagi sekali). Kakak memang hantu tv merangkap kartun (Kemana kuahnya tumpah kalau tidak ke nasi?). *Masukkan ikon kenyit mata disini*.

Bila mana kami semua selesai berbuka, aku akan naik atas untuk solat dan secara automatik semua orang akan di bawa ke tingkat atas untuk solat bersama.

"Kakak, sudah tutup tv, naik atas solat". Itu ayat biasa yang aku bagi dekat kakak.

Dan, ayat balas kakak selalunya seperti berikut. 

"Aduhhhh, sakit perut lah ayah, tolonglah ayah, nak meletup rasanya perut kakak ni ayah, banyak sangat makan ni ayahhhhh". Padahal makan ayam goreng seketul dengan nasi sejemput sahaja.

"Tak larat nak panjat lah tangga ayah, kakak letih ni, kakak tunggu bawah ajelah" sambil memberikan satu senyuman paling manis penuh bermakna.

Walhal, masa tengok Sofia the Princess tu sikit pun tak berbunyi pasal sakit perut ke tak larat bagai. 

Motif?.

Yer, dia malas nak solat!. Nak kena rotan juga kakak ni nanti!.