dan
untuk sekian lama,
penantian
ini berakhir
tetapi masih diselubungi dengan berita kematian.
walaupun aku tidak mengenali sangat mereka.
sekadar menonton
dia di astro ria
aku mengerti erti kehilangan.
sebagaimana dia yang kehilangan
ayah .
sebagaimana dia yang kehilangan
anak.
sebagaimana dia yang kehilangan
emak.
+++
berita-berita seperti ini membuatkan aku semakin gusar.
adakah apa yang selama ini ku impikan akan berakhir begitu sahaja.
penantian kami selama dua tahun akan berakhir.
tapi aku tak nak ianya berakhir seperti dia.
atau pun dia.
berikan kami kekuatan.
dan aku tak akan ulang kembali kesilapan ku sendiri dahulu.