Sunday, March 12, 2017

Definisi jarak


Bila masa umur kau semakin meningkat, kecenderungan kau untuk menulis sesuatu yang fiksi telah menjadi satu perkara yang sedikit menjengkelkan. Sebenarnya bagi diri kau takde apa-apa sangat tapi manipulasi dari akal yang sentiasa hebohkan tentang pandangan manusia. Apabila manipulasi akal ( bahasa pasarnya ialah "mind fuck") berjaya menguasai diri kau, perlahan-lahan daya imaginasi kau lenyap.

Lenyapnya imaginasi dalam akal kau menyebabkan segala perkara yang sepatutnya di pandang secara positif ( baca : sangka baik ) akan merencatkan keseluruhan pandangan kau tentang mahu lihat dunia semakin baik dan mampu di ubah walaupun melalui pelbagai proses kitar semula yang telah
dimomokkan sekian lama.

Sama seperti bagaimana kau lalui kehidupan kau sekarang ini ( ini bukan tazkirah ), sepatutnya jangan di letakkan sebarang kesugulan mahupun kerungsingan yang tiada noktah. Kau mahu ianya berlalu pergi begitu sahaja pun boleh tapi lebih afdal jika kau menilainya terlebih dahulu dengan sehabis jujur dan telus.

Kita terlalu mendukung tipikaliti yang sekian lama telah bersarang dalam peradaban kemanusiaan. Kitaran tipikaliti ini hanya di salut dengan metafora-metafora yang memaksa kita hidup dalam awangan tanpa kita sedari.

Masalah utamanya ialah bila kita mahu lari dari tipikaliti ini, yang sentiasa menghambat kita kembali adalah kita sendiri. Manusia.

Senang tapi jadi hamba
Tenang tapi jadi gila

Manusia.

Sunday, January 01, 2017

Aftermath 2016


Tajuk memang tak boleh blah kan?. Aftermath sangat.

Sebenarnya memang 2016 tahun sangat chaos untuk aku. Aku boleh pecahkan kepada dua bahagian. Enam bulan pertama yang chaos macam dalam neraka.
Enam bulan kedua yang chaos macam dalam syurga.

Aku sendiri pun tak sangka bahawa aku boleh buat keputusan agak berani sementelah aku berada dalam zon selasa untuk suatu tempoh yang agak panjang. Enam bulan pertama yang chaos macam dalam neraka itulah merupakan punca aku nekad. Sebelum aku hilang sifat kemanusiaan aku, lebih baik aku berhijrah untuk belajar jadi manusia semula.

Enam bulan pertama yang chaos macam dalam neraka itu juga membuka mata aku akan sifat jelik manusia yang kita boleh panggil sebagai "hipokrit".

Sampai sekarang aku tetap bagi jari tengah aku untuk mereka semua itu.
Entah apa yang ada di kepala otak masing-masing, aku pun tak pasti tapi yang nyata mereka lupa bahawa mereka bukan maksum.

Bukan aku mahu tentukan dosa pahala orang sekeliling semasa tempoh enam bulan pertama yang chaos macam dalam neraka tapi geng hipokrit ni pula yang sibuk hatta berebut mahu jadi tuhan untuk aku sembah mereka.

Bak kata orang kampung aku.

"Eat shit your loser".

Aku tahu jalan yang aku pilih yakni semasa tempoh enam bulan kedua yang chaos macam dalam syurga sebenarnya masih lagi berisiko tapi macam aku cakap awal tadi,  aku bukan tuhan tahu segala benda, kali ini aku berserah pada tuhan, mahu lebih tawadduk lagi tunduk sebab aku tahu aku manusia paling tidak berterima kasih. Paling penting sekali sekarang, Jalan terus, pandang belakang sekali sekala untuk ingatkan aku pada yang memerlukan bantuan.

Waima ( fuh, waima aku guna seh) aku ada di atas bila-bila masa aku boleh di bawah kembali.
Maka, mungkin dengan sedikit kebaikan yang aku cuba hulurkan kepada mereka yang tak berhenti bantu aku semasa enam bulan yang chaos macam dalam neraka itu bagi memastikan aku tidak lelah akan  memudahkan urusan aku bila kelak di angkat naik ke langit.

Macam lirik lagu Atas Langit Ada Langit tu,

"Aku perlu sedar atas langit ada langit
Rezeki ini barangkali cuma nasib
Apa mungkin aku perlu catit lagi cantek
Buat bekalan bila ku di bawa naik"
Semoga tahun 2017 ini, aku masih yang sama cuma berharap tidak ada lagi bulan-bulan yang chaos untuk di jadikan kenangan. Aku mahu jadi macam budak zaman sekarang punya sembang
"lek, lek, sap kok lu bro".

Terima kasih 2016.

Ayuh, mari kita terus rocking!.

Sunday, October 02, 2016

Tajamkan semula


Lama sangat tinggalkan dunia yang satu ni. Walhal dulu bukan main galak lagi. Kawan-kawan sealiran pun sudah ada yang menempa nama sebagai penulis handalan.

Terkedek-kedek gua ketinggalan jauh dengan derang. Barangkali masanya belum tiba untuk jadikan sebagai periuk nasi kedua gua.

Apa pun.

Gua kembali. Mahu tajamkan semula minat yang satu ni. Fokusnya tetap sama iaitu maki tetap maki. Peduli apa gua kan?

Jumpa lagi.

Wednesday, May 04, 2016

Bila katanya mahu berdikari, maksudnya "stay away from me"


Minggu lepas,

Kamal Chiyo jumpa aku.

Katanya susah hati. Wanita idaman sudah tidak mahu dirinya lagi.

Aku tanya sama dia, Macam mana kau tahu dia tidak mahu diri kau lagi.

Bilang Kamal Chiyo, wanita idamannya bagi kata-kata akhir begini.

Kalau kau berjaya petik bintang di hujung langit dan kembali dengan selamat, maka dengan itu aku milik mu.

Aku geleng kepala. Bilang ku pada Kamal Chiyo lagi.

Dia bukan suruh kau petik bintang KC, dia mahu bagitau, di hujung langit sana, sudah ada lelaki lebih bagus untuk dia.

Sementelah kau pergi memetik bintang, dia menganyam asmara. Turunnya kau nanti, yang tinggal hanya bekas tapak kaki diri mu sendiri!

Bertabahlah Kamal Chiyo.

Nah, kena sepam, kemudian kita mengekek ketawa gelakkan dunia.


Monday, February 22, 2016

Kembali

Hujan lebat menyukarkan langkah aku, Pemandu teksi Bangladesh tu berhentikan aku hampir dua kilometer dari rumah sakit jiwa itu.

"Tak vuleh bang, itu jalan banyak urang takut mau pigi masuk sana" .

Aku hanya membatukan diri. Cilaka mana yang jual permit teksi dekat mamat Bangla ni?.

Persetankan semua. Bandar aku duduk sekarang ni pun dah ada ura-ura golongan ini mahukan hak yang sama rata. Kau nak salahkan siapa lagi?.

Aku berdiri tegak di luar pintu rumah sakit jiwa ini. Pintu ini masih lagi kekal sama seperti dulu. Jelas nampak kekemasan hasil tangan pengukir pintu ini walaupun telah dimakan usia.

Aku cuba nyalakan sebatang rokok. Nasib ada bumbung dari gentian kaca yang melindungi kawasan anjung pintu masuk. Sedikit pudar warnanya dengan besi penyokong di makan karat.

Butang loceng sudah terkopak. Barangkali perbuatan budak-budak jalanan yang hati kering atau tengah stone gam. Aku mengetuk pintu menggunakan besi berupa ladam kuda yang dilekatkan di bawah no rumah sakit jiwa ini.

Sekali ketuk, Tunggu. Tiada apa-apa

Dua kali ketuk. Tunggu, Masih tiada apa-apa

Tiga kali ketuk diiringi dengan tendangan dari kaki yang kuat. Tunggu. Bunyi kunci yang dibuka mula kedengaran.

Satu kunci diselak
Dua kunci diselak
Tiga kunci diselak.
Empat kunci diselak.
Lima kunci diselak.

Lima?. Seingat aku dulu hanya tiga. Barangkali di tambah kerana aku kot.

"Ya, cari siapa?".

Suara tua itu. Suara yang dulu boleh menimbulkan rasa takut kepada penghuni rumah sakit jiwa ini. Suara itu sudah kendur. Tua dan sekali sekala diselang dengan batuk keras mengongkol.

Sah. Dia tidak cam aku lagi!. Walhal dulu, aku lah yang selalu di carinya terlebih dahulu untuk menyeksa jiwa aku secukupnya selepas di bambu oleh pemilik rumah sakit jiwa ini.

"Puan Marlisa masih lagi pemilik rumah ini?". Soalan pertama dari aku.

Dia mengangguk lemah. Matanya cuba mencari jawapan kenapa ada orang mencari pemilik rumah sakit jiwa ini pada tengah malam sebegini.

" Karim, siapa tu?". Suara dari dalam berkumandang. Suara itu masih kekal muda seperti dahulu.

"Lekas, suruh dia masuk, barangkali pesakit baru yang ditinggalkan untuk kita".

Huh,Pesakit baru?.

Kurang ajar!.


Friday, February 12, 2016

Apa khabar

Permulaan 2016

Ibarat berkunjung ke rumah lama atau rumah sakit jiwa yang pernah menempatkan kau dulu. 

Rumah sakit jiwa ini masih lagi beroperasi tapi dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Penyumbang dana tiada, pekerja yang ada pun adalah pekerja yang sama kali terakhir kau melangkah keluar dari rumah sakit jiwa ini. (lari sebenarnya). 

Kenapa kau balik ke rumah sakit jiwa ini semula?. ( Ada kilat dan guruh). 

Hoi, sikit-sikit kilat dengan guruh. 2016 dah ni setan. Cari idea lain sikit nak bagi suspen tak boleh ke?. 

Oh kat mana tadi?. Kenapa kau balik ke rumah sakit jiwa ni semula?. 

Semuanya kerana satu mesej wassap. 

Mesej tu bagitau 

Sampai bila kau nak lari dengan kasut merah saiz 8 kepunyaan aku tu?. 
Nak aku datang amik sendiri atau kau nak pulangkan kembali ke rumah sakit jiwa tu?. 

Damn it!. 


Friday, November 13, 2015

Cubaan


Ini sebenarnya adalah terapi yang paling baik jika sedang kusut.

Kau bercita-cita mahu ubah sistem tapi adakah kau pasti sistem yang kau ingin ubah itu benar-benar bukan dari acuan sedia ada?.

Bila kau sendiri menjadi satu susuk yang di perhatikan sehingga kau paranoia, sehingga kau terganggu, adakah kau mampu untuk ubah sistem yang menjengkelkan ini?.

Benarlah kata orang, jangan dinilai isi buku itu melalui kulitnya. Kau patut ambil, duduk dan hadamkan isinya baru kau boleh menghamburkan segala apa yang terbuku di dalam hati kau.

Kau itu adalah kita. Manusia yang cuba lari dari normaliti. Yang bosan dengan normaliti tapi tanpa sedar sememangnya kita semua tetap dalam barisan. Mengikut arus tanpa mampu melawannya.

Friday, April 24, 2015

Boleh.

Bila semua orang mahu kaya, semuanya boleh.

Asalkan tercapai hajat di hati. Semuanya boleh.

Apa kita ni hadap dengan dunia sangat?.

Sedangkan dunia sudah tidak mahu mengadap kita.

Bila semua orang mahu jadi kaya, semuanya boleh.

Friday, January 02, 2015

Dua Ribu Lima Belas

Diam tak diam. Datang macam-macam benda lain.

Sudah sepuluh tahun dengan dunia ini.

Lama juga eh. Orang lain sudah ada buku dari hasil dunia ini.

Aku?. Adakah ini azam dua ribu lima belas?.

Kita tunggu kalau ada yang berminat. ;)

Tuesday, December 09, 2014

Redha

Cerita pasal redha. Memang la redha. Lepas tu bukan duduk diam tunggu apa seterusnya. Kena kaji balik mana silap,perbaiki dan terus usaha. Pasti akan datang yang lebih baik seiring dengan usaha tu.
Mudah kan?.


Sampai bila nak redha tapi tak amik pengajaran untuk bergerak ke aras lain?.


Nak sangkut kat takuk tu selama-lamanya ke?.

Wednesday, June 18, 2014

Kimi Mahu Makan Dunia - Siri 1

Semenjak dua ini hati Kimi memang cepat panas. Panas hati dengan dunia. Kimi fikir dunia selalu tidak adil dengannya. Selalu Kimi terlupa bahawa dunia bukan tidak adil pada dia sahaja tapi pada orang lain secara penaakulan mantiknya. Kimi rasa sebal, Kimi rasa kecewa. 

Kali ini Kimi mahu makan dunia. Biar orang lain tahu bahawa Kimi mahukan keadilan. Kimi tahu, mahu makan dunia pasti dipandang enteng oleh manusia. Persetankan tu semua! fikir Kimi. Yang penting sekarang, Kimi mahu makan dunia. 

Kenapa Kimi mahu makan dunia?. 

Ya, betul. Semuanya kerana atas nama "love". Kimi bengang, masuk ni sudah kali kedua "love" Kimi di tipu oleh manusia. Manusia yang suka mengambil kesempatan fikir Kimi. Kalau ikutkan sebenarnya tidak lain tidak bukan hanya cubaan ataupun dugaan (dalam maksud yang tersendiri) untuk "love" Kimi. Walaupun bagaimanapun (tu dia ayat), Kimi tetap fikir dia ada hak untuk makan dunia. 

Tetapi

Masalah buat Kimi untuk makan dunia. Dia belum cukup kuat untuk makan dunia. Tekanan buat Kimi fikirkan apa cara terbaik untuk dia memberitahu dunia supaya jangan ganggu "love" Kimi. Empat malam Kimi memikirkan cara terbaik dan malam kelima Kimi mendapat idea. 

Aha!. 

Esok pagi, Kimi mengusung papan tanda berserta penukul. Malam kelima Kimi sangat sibuk, idea yang diperolehi dilaksanakan terus. 

Tung,tung,tung!. Bunyi penukul. Menacapkan papan tanda tepat ke jantung dunia. Fikiran Kimi kuat mengatakan jantung dunia betul-betul berada di laman rumahnya. Kimi tersenyum puas. Hatinya yakin bahawa dunia pasti faham akan pesanan di papan tanda itu. Kimi masuk ke dalam rumah untuk membuang air. 

Pesanan pada papan tanda itu seperti dibawah.

PERHATIAN DUNIA!. JANGAN GANGGU "LOVE" SAYA.
SEKARANG BELUM LAGI WAKTUNYA!.
BILA DAH BERSEDIA.
KAU DUNIA BOLEH DATANG AMBIL DIA. 

Aku yang membaca pesanan tersebut, perlahan-lahan meletakkan beg posmen aku sambil mengeluarkan pen marker. Aku tambah lagi ayat. 

LU JANGAN POYO BRADER

Oh ya, dan ini adalah cara bagaimana aku mengenali Kimi untuk kali pertama. Dia mengejar aku dengan penukul selepas aku menulis pesanan tambahan itu!. Jumpa lagi nanti. Kimi tengah kejar aku lagi ni!.  

Wednesday, May 28, 2014

Ini Cerita Sama

Barangkali manifesto dia masih belum tercapai
Janjinya mahu membantu rakyat
Bagaimana mahu menjadi juara 
Kalau diri sendiri kerap mengadu domba?

Barangkali impian dia masih di kaki gunung
Mohon diberikan bantuan dariNya
Ah, asal susah baru hendak dipuja?
Mana dia semasa kamu sedang ketawa?.

Barangkali niat dia suci bersih katanya
Masakan bersih kalau ada udang di sebalik batu?
Masakan suci kalau masih lagi berdebu?
Kalau sudah hati yang menjadi raja bukan?. 

Barangkali doa dia tidak ke langit
Fikirnya mudahkan rencana
Asal matlamat menghalalkan cara
Sedangkan diri sendiri menjadi celaka

Dia lupa satu perkara
Hidup ini ibarat roda
Berpusing dengan laju 
Tapi ada turun naiknya. 

Mohon dia ingat itu selalu
Kalau mahu kami memberi restu.

Saturday, May 10, 2014

Emak

Terkesan dengan tulisan seorang sahabat tentang emaknya, menyebabkan lahirnya entri ini. Kadang-kadang perkara kecil ini selalu dinafikan walhal jauh dalam hati, seharusnya ada maaf yang masih lagi berhutang. Semoga sentiasa dirahmatiNya. 

Tekanan sebagai anak sulung memang sukar untuk diterjemahkan. Apatah lagi sebagai anak sulung lelaki dan tunggal. Dimeriahkan hidup dengan kehadiran lima orang adik perempuan yang setiap satunya ada acuan perangai dari abangnya ini. Dari kecil telah dilatih untuk berdikari, untuk bagaimana menghadapi hidup. Walaupun hati muda seringkali memberontak pasti akan tewas bila memikirkan hukuman yang bakal diterima apabila gagal melakukan tugasan yang diberikan. 

Sebut apa saja, segala bentuk hukuman telah diterima. Yang biasa mahupun yang "ultimatum". Hukuman selalunya datang dari emak. Emak yang sangat tegas dalam membentuk diri. Emak yang sangat "peculiar" yang mahu serba-serbi sempurna. Bayangkan kalau menjemur pakaian tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan, tak telinga ditarik atau perut dipiuh. Berjurai air mata keluar memikirkan dimana salahnya lagi?. Objektif baju dijemur hanya untuk dikeringkan bukan mencantikkan barisan hujah kepala otak muda ketika itu. 

Persefahaman abah dan emak memang mantap. Abah akan menjalankan tugas memastikan akademik harus seiring dengan kehendak abah. Oh, itu nanti masa hari bapa kita cerita. Emak pula memang menerapkan kepentingan akan perlunya ilmu-ilmu berteraskan rumah tangga. "Walaupun lelaki, kau mesti kena tahu kerja rumah, akan datang semua benda mahal, kalau benda asas kau tak dapat kuasai, habis membazir duit yang kau usahakan" hujah emak. Hasilnya hari ini, "peculiarity" itu telah diwarisi aku dan diturunkan kepada The Safiyyah's. Ini adalah ucapan terima kasih yang pertama untuk emak.

Tetapi

Sudah namanya lelaki.

Manakan mahu menerima pesanan dari seorang wanita bukan?. Walaupun dari emak sendiri. Akibatnya selalu berlaku perselisihan faham yang kadang-kadang meributkan suasana rumah. Pernah cuba lari dari rumah tapi sudahnya terhenti setakat di tanggau surau depan flat. Kerana memikirkan beratnya hukuman yang bakal diterima. Lama-kelamaan, hati kental lelaki jadi pudar, terima apa saja hukuman jika melakukan kesalahan. Bersedia mengaku kesalahan telah menjadikan aku sebagai manusia yang terbuka hati untuk menerima sebarang teguran walaupun hati bengkak. Mengaku salah tidak bermakna kalah bukan?.Walaupun emak tidak perasaan akan ilmunya yang satu ini tapi ini adalah ucapan terima kasih yang kedua untuk emak. Percaya atau tidak, automatiknya, menyebabkan aku tidak betah duduk di tempat orang tapi memikirkan bagaimana emak dirumah.  Semasa bujang, mahu pergi kursus pun akan telefon emak tanya boleh ke tidak pergi ni. Hihihi. 

Pada satu ketika, kemuncak perselisihan berlaku apabila kegagalan aku menempatkan diri di mana-mana menara gading menyebabkan emak sedikit kecewa kerana fikirnya barangkali telah gagal membentuk aku menjadi anak contoh kepada adik-adik. Tekanan itu sangat dirasai, kurangnya komunikasi aku antara emak memang disedari menyebabkan aku menjeruk rasa. Diam lebih baik. 

Barangkali, seperti yang selalu diberitahu oleh abah. Aku sentiasa bernasib baik. Sangat bernasib baik. 

Saat aku memberitahu aku berpeluang belajar di negara orang. Disambut dengan ketawa yang mahu aku buktikan dengan tiket kapal terbang depan mata. Masakan anaknya yang gagal ini berpeluang!. Aku sedikit "down". 

Cuma 

Bila saat mahu pergi, di peluknya aku erat-erat. "Jaga diri baik-baik, make me proud" sambil menangis menyebabkan aku terjaga (Emak saya memang power English). Hilang segala dendam,amarah bila emak berpesan begitu. Selama ini, memang aku bersalah kerana tidak menjadi anak yang mendengar kata, yang selalu menyebabkan emak marah, yang selalu menyebabkan emak "stress". 
Pelukan erat emak menyebabkan aku bangun. Bangun untuk berbakti dengan emak selagi mampu. Selagi hayat dikandung badan. 
Terima kasih emak.
Kami enam beradik memang sayang emak. Selamanya. (Kalau tak taruk lima beradik lagi tu, ada yang "sayur"kan aku). 
Selamat hari ibu
Emak!

Saturday, April 12, 2014

Bang, tolong azan

Karim lekas-lekas masuk ke dalam masjid. Hajatnya mahu bersolat berjemaah. Masuk ke dalam masjid, hanya dia dan beberapa orang sahaja menunggu masuknya waktu. 

Karim mengambil keputusan untuk bersandar sambil cuba melelapkan mata sebentar, dalam waktu itu mata Karim melihat seorang pemuda berkopiah duduk di beberapa saf depannya. 

Segak. Bergaya kata Karim dalam hatinya. 


Pemuda tersebut kusyuk mengaji. Menggunakan telefon pintarnya. Entah jenama apa, Karim tak pasti. 

Bagus. Telefon pintar digunakan untuk kebaikan puji hati Karim. 


Karim mengeluarkan telefon pintarnya tapi bukan nak mengaji. Nak update status bagitau dunia yang dia sedang bersedia untuk beribadat. Ok, faham. Karim memang "social junkie".


Kebetulan, waktu Karim sedang memuat naik status, pemuda di depan Karim berpaling ke belakang. Tepat kepada Karim sambil mengangkat telefon pintarnya. 

Cis. perli aku le tu kata Karim dalam hatinya. 

Mana bilal ni?. getus Karim. 

Dilihat seorang pakcik memasuki ruang makmum menuju kepada pemuda tersebut.

Barangkali tok siak gumam Karim. 

Suara pakcik sudah cukup kuat untuk Karim mengetahui bahawa pemuda tersebut di arahkan oleh pakcik tersebut untuk mengalunkan azan. Barangkali pakcik tu kagum dengan kelunakan suara pemuda itu mengaji. 



Pemuda tersebut bingkas bangun menuju ke mikrofon di sebelah mimbar. 

Ketuk-ketuk mikrofon diiringi dengan dehem. Ujian untuk memastikan mikrofon berfungsi. 



Karim sudah bersiap untuk sembahyang namun apa yang Karim lihat selepas itu menakjubkan Karim. 



Pemuda tersebut mengeluarkan telefon pintarnya. Mendekatkan kepada mikrofon lalu berkumandang lah suara azan dari telefon pintarnya itu. 

Tok siak cepat-cepat tepuk bahu pemuda tersebut. 

Dengan suara yang kuat


"Nak, azan guna suara kamu bukan dari telefon pintar ye". 


Pemuda tersebut tersengih-sengih memohon maaf. 


"Saya tak hafal azan lah pakcik". 


Karim bingkas bangun menuju ke ruang wuduk. Air sembahyangnya batal sebab terkentut menahan gelak. 

Walhal Karim sendiri tak hafal azan!. 

Saturday, December 07, 2013

Uji kaji


Betul. Uji kaji ni. 


Boleh klik. Lepas tu tanya aku. 

Terima kasih. 

Monday, December 02, 2013

:(

Al fatihah untuk

Noor Syafikah Nadia
Nur Izzati Husna Rusdi
Puteri Nurul Akma

Adik Puteri baru berumur tiga tahun. Apa dosa mereka sampai begitu sekali diperlakukan?.
Khabarnya lemas tapi aku percaya polis pasti memburu "binatang" yang melakukannya.

Kalau aku jadi bapa mereka, pasti hilang akal di buatnya kerana aku juga ada tiga anak perempuan.
Allahuakbar.

Al fatihah untuk mereka bertiga.

Dan kau masih lagi dengan polemik "negara masih aman?".

Apa dosa mereka?. Yang sulungnya khabarnya gigih bekerja bagi membantu keluarga. Apa dosa mereka?

Allahuakbar.

Pihak berkuasa, jangan buang masa. Itu saja rakyat mahu.

Tuesday, July 23, 2013

Drama Puasa 2013

Kalau tahun lepas kisahnya sebelum berbuka puasa. Sini

Tahun ini dramanya selepas berbuka puasa.

Alhamdulillah, kali ini puasa kakak Ain sangat baik. Semangatnya kental. Rileks sahaja. Aku pun tak nak "pressure" dia sangat bila mana dia tak larat, aku suruh dia duduk atau baring sambil tengok tv. Bangun sahur pun ok. Takde nak lentok depan pinggan lagi macam tahun lepas. Lepas sahur, terus steady tak tidur-tidur sambil tengok tv (lagi).

Bezanya puasa kali ini, kakak dah kena ikut solat sama, biasanya untuk solat Maghrib. Masa ni lah drama selepas berbuka bermula.

Kakak makan laju, lepas berbuka, dia akan habis dulu makan sebab apa?. Ye kawan-kawan. Nak kejar tengok Sofia the Princess dan rancangan sewaktunya dekat tv (lagi sekali). Kakak memang hantu tv merangkap kartun (Kemana kuahnya tumpah kalau tidak ke nasi?). *Masukkan ikon kenyit mata disini*.

Bila mana kami semua selesai berbuka, aku akan naik atas untuk solat dan secara automatik semua orang akan di bawa ke tingkat atas untuk solat bersama.

"Kakak, sudah tutup tv, naik atas solat". Itu ayat biasa yang aku bagi dekat kakak.

Dan, ayat balas kakak selalunya seperti berikut. 

"Aduhhhh, sakit perut lah ayah, tolonglah ayah, nak meletup rasanya perut kakak ni ayah, banyak sangat makan ni ayahhhhh". Padahal makan ayam goreng seketul dengan nasi sejemput sahaja.

"Tak larat nak panjat lah tangga ayah, kakak letih ni, kakak tunggu bawah ajelah" sambil memberikan satu senyuman paling manis penuh bermakna.

Walhal, masa tengok Sofia the Princess tu sikit pun tak berbunyi pasal sakit perut ke tak larat bagai. 

Motif?.

Yer, dia malas nak solat!. Nak kena rotan juga kakak ni nanti!.

Wednesday, March 20, 2013

Habuk sana sini

Ok. Habuk banyak. Penyapu dah barai. Pergi beli penyapu dululah. Nanti datang semula untuk bersihkan.

Damn!.

Tuesday, December 18, 2012

Jahanam Kapitalis Jahanam II

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

 Memang dasar makan tak cukup kenyang. Selagi boleh di santak masuk tembolok selagi tu di telan oleh mereka ini semua.
Betapa mereka menggunakan naluri kita sebagai seorang ibu bapa yang mahukan kegembiraan yang jelas untuk anak-anak untuk mengaut untung ke dalam poket mereka.

Kapitalis lagi hina dari babi!.

Nak tahu apa cerita?.

Boleh baca kat sini.

Fuck the capitalist.

Wednesday, December 05, 2012

Jahanam Kapatalis Jahanam

Bila wang menjadi tuhan.

Kapatalis sebenarnya baik untuk pembangunan sebuah negara akan tetapi jika tidak di layan dengan baik dan sempurna, kapatalis jugalah yang menjahanamkan sebuah negara.Berita tentang nasib yang dialami pembantu rumah dari Indonesia yang dikurung dan dipaksa memakan kertas sebagai survival bagi aku ianya sudah melampui batas.

Sedangkan kita tahu bahawa isu ini adalah ibarat "time bomb" perhubungan kedua-dua negara. Ada saja adegan tarik tali antara kedua-duanya yang menyebabkan secara logiknya, yang sengsara adalah penghuni kedua-dua negara. Aku menulis bukan atas dasar menyokong mana-mana ataupun kau mahu cerita dengan aku mengenai kenegaraan, kau silap.(Kalau mahu cerita tentang semangat kenegaraan, pergi buktikan di stadium).

Apa sudah tidak ada hati perut ke, bukan sepatutnya kau semakin kenyang dengan apa yang kaut tetapi masih tidak lagi mencukupi sehingga kau meletak nilai kemanusiaan di bawah tapak kaki kau?. Bagi aku, mereka-mereka itu tidak layak dipanggil manusia,selebihnya sepatutnya tidak perlu wujud pun!.
Bullshit kalau kau bercerita dengan aku tentang selok belok orang mencari duit kadangkala perlu dahulukan yang lebih penting, apa dia kawan-kawan?.

Wanglah!.

Kalau kau benar- benar arif tentang selok belok mencari duit sudah tentukan kau mahukan yang terbaik dan sepatutnya kau menjadi nadi penggerak bukannya pemusnah atau dalam bahasa lebih kurang ajar kau menjadi lebih bangsat. Hanya kerana dalam kepala otak kau tu, tuhan kau tu adalah wang.
Sepatutnya kau menjadi yang terbaik dan kompetitif supaya orang lain dapat menikmati kesenangan itu. Susah sangat ke kau nak berfikir macam tu?.

Bayangkan kalau kau di tempat mereka?. Apa perasaan kau menjadi orang asing yang berjuang di tanah orang demi sebuah survival?. Aku marah kerana aku telah lalui proses kehidupan itu. Kau mampu bangkit seawal pagi, kemudian menyeret bakul, memetik strawberi dengan target yang ditetapkan?. Kalau tak sampai, berbakul sumpah seranah masuk ke telinga kau, hanya kerana kau orang luar.
Mengambil masa yang agak lama itu larut ke dalam kondisi keadaan semasa, berusaha untuk membina nama demi sebuah kepercayaan. Ada kau fikir macam tu?.

Percayalah, jika kau masih ada lagi "hati perut", orang akan sentiasa berbudi dengan kau. Tak kisah walau dekat mana pun kau dicampak. Tolong, wang memang diperlukan orang tapi bukan orang perlukan wang.

Untuk kedua-dua negara, jadilah sebijak mungkin, kalau bangang juga, tak tahulah aku nak cakap apa lagi. Terima kasih.