Monday, February 22, 2016

Kembali

Hujan lebat menyukarkan langkah aku, Pemandu teksi Bangladesh tu berhentikan aku hampir dua kilometer dari rumah sakit jiwa itu.

"Tak vuleh bang, itu jalan banyak urang takut mau pigi masuk sana" .

Aku hanya membatukan diri. Cilaka mana yang jual permit teksi dekat mamat Bangla ni?.

Persetankan semua. Bandar aku duduk sekarang ni pun dah ada ura-ura golongan ini mahukan hak yang sama rata. Kau nak salahkan siapa lagi?.

Aku berdiri tegak di luar pintu rumah sakit jiwa ini. Pintu ini masih lagi kekal sama seperti dulu. Jelas nampak kekemasan hasil tangan pengukir pintu ini walaupun telah dimakan usia.

Aku cuba nyalakan sebatang rokok. Nasib ada bumbung dari gentian kaca yang melindungi kawasan anjung pintu masuk. Sedikit pudar warnanya dengan besi penyokong di makan karat.

Butang loceng sudah terkopak. Barangkali perbuatan budak-budak jalanan yang hati kering atau tengah stone gam. Aku mengetuk pintu menggunakan besi berupa ladam kuda yang dilekatkan di bawah no rumah sakit jiwa ini.

Sekali ketuk, Tunggu. Tiada apa-apa

Dua kali ketuk. Tunggu, Masih tiada apa-apa

Tiga kali ketuk diiringi dengan tendangan dari kaki yang kuat. Tunggu. Bunyi kunci yang dibuka mula kedengaran.

Satu kunci diselak
Dua kunci diselak
Tiga kunci diselak.
Empat kunci diselak.
Lima kunci diselak.

Lima?. Seingat aku dulu hanya tiga. Barangkali di tambah kerana aku kot.

"Ya, cari siapa?".

Suara tua itu. Suara yang dulu boleh menimbulkan rasa takut kepada penghuni rumah sakit jiwa ini. Suara itu sudah kendur. Tua dan sekali sekala diselang dengan batuk keras mengongkol.

Sah. Dia tidak cam aku lagi!. Walhal dulu, aku lah yang selalu di carinya terlebih dahulu untuk menyeksa jiwa aku secukupnya selepas di bambu oleh pemilik rumah sakit jiwa ini.

"Puan Marlisa masih lagi pemilik rumah ini?". Soalan pertama dari aku.

Dia mengangguk lemah. Matanya cuba mencari jawapan kenapa ada orang mencari pemilik rumah sakit jiwa ini pada tengah malam sebegini.

" Karim, siapa tu?". Suara dari dalam berkumandang. Suara itu masih kekal muda seperti dahulu.

"Lekas, suruh dia masuk, barangkali pesakit baru yang ditinggalkan untuk kita".

Huh,Pesakit baru?.

Kurang ajar!.


Friday, February 12, 2016

Apa khabar

Permulaan 2016

Ibarat berkunjung ke rumah lama atau rumah sakit jiwa yang pernah menempatkan kau dulu. 

Rumah sakit jiwa ini masih lagi beroperasi tapi dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Penyumbang dana tiada, pekerja yang ada pun adalah pekerja yang sama kali terakhir kau melangkah keluar dari rumah sakit jiwa ini. (lari sebenarnya). 

Kenapa kau balik ke rumah sakit jiwa ini semula?. ( Ada kilat dan guruh). 

Hoi, sikit-sikit kilat dengan guruh. 2016 dah ni setan. Cari idea lain sikit nak bagi suspen tak boleh ke?. 

Oh kat mana tadi?. Kenapa kau balik ke rumah sakit jiwa ni semula?. 

Semuanya kerana satu mesej wassap. 

Mesej tu bagitau 

Sampai bila kau nak lari dengan kasut merah saiz 8 kepunyaan aku tu?. 
Nak aku datang amik sendiri atau kau nak pulangkan kembali ke rumah sakit jiwa tu?. 

Damn it!.