Semenjak dua ini hati Kimi memang cepat panas. Panas hati dengan dunia. Kimi fikir dunia selalu tidak adil dengannya. Selalu Kimi terlupa bahawa dunia bukan tidak adil pada dia sahaja tapi pada orang lain secara penaakulan mantiknya. Kimi rasa sebal, Kimi rasa kecewa.
Kali ini Kimi mahu makan dunia. Biar orang lain tahu bahawa Kimi mahukan keadilan. Kimi tahu, mahu makan dunia pasti dipandang enteng oleh manusia. Persetankan tu semua! fikir Kimi. Yang penting sekarang, Kimi mahu makan dunia.
Kenapa Kimi mahu makan dunia?.
Ya, betul. Semuanya kerana atas nama "love". Kimi bengang, masuk ni sudah kali kedua "love" Kimi di tipu oleh manusia. Manusia yang suka mengambil kesempatan fikir Kimi. Kalau ikutkan sebenarnya tidak lain tidak bukan hanya cubaan ataupun dugaan (dalam maksud yang tersendiri) untuk "love" Kimi. Walaupun bagaimanapun (tu dia ayat), Kimi tetap fikir dia ada hak untuk makan dunia.
Tetapi
Masalah buat Kimi untuk makan dunia. Dia belum cukup kuat untuk makan dunia. Tekanan buat Kimi fikirkan apa cara terbaik untuk dia memberitahu dunia supaya jangan ganggu "love" Kimi. Empat malam Kimi memikirkan cara terbaik dan malam kelima Kimi mendapat idea.
Aha!.
Esok pagi, Kimi mengusung papan tanda berserta penukul. Malam kelima Kimi sangat sibuk, idea yang diperolehi dilaksanakan terus.
Tung,tung,tung!. Bunyi penukul. Menacapkan papan tanda tepat ke jantung dunia. Fikiran Kimi kuat mengatakan jantung dunia betul-betul berada di laman rumahnya. Kimi tersenyum puas. Hatinya yakin bahawa dunia pasti faham akan pesanan di papan tanda itu. Kimi masuk ke dalam rumah untuk membuang air.
Pesanan pada papan tanda itu seperti dibawah.
PERHATIAN DUNIA!. JANGAN GANGGU "LOVE" SAYA.
SEKARANG BELUM LAGI WAKTUNYA!.
BILA DAH BERSEDIA.
KAU DUNIA BOLEH DATANG AMBIL DIA.
Aku yang membaca pesanan tersebut, perlahan-lahan meletakkan beg posmen aku sambil mengeluarkan pen marker. Aku tambah lagi ayat.
LU JANGAN POYO BRADER
Oh ya, dan ini adalah cara bagaimana aku mengenali Kimi untuk kali pertama. Dia mengejar aku dengan penukul selepas aku menulis pesanan tambahan itu!. Jumpa lagi nanti. Kimi tengah kejar aku lagi ni!.