Karim
lekas-lekas masuk ke dalam masjid. Hajatnya mahu bersolat berjemaah. Masuk ke
dalam masjid, hanya dia dan beberapa orang sahaja menunggu masuknya
waktu.
Karim
mengambil keputusan untuk bersandar sambil cuba melelapkan mata sebentar, dalam
waktu itu mata Karim melihat seorang pemuda berkopiah duduk di beberapa saf
depannya.
Segak.
Bergaya kata Karim dalam hatinya.
Pemuda
tersebut kusyuk mengaji. Menggunakan telefon pintarnya. Entah jenama apa, Karim
tak pasti.
Bagus.
Telefon pintar digunakan untuk kebaikan puji hati Karim.
Karim
mengeluarkan telefon pintarnya tapi bukan nak mengaji. Nak update status
bagitau dunia yang dia sedang bersedia untuk beribadat. Ok, faham. Karim memang
"social junkie".
Kebetulan,
waktu Karim sedang memuat naik status, pemuda di depan Karim berpaling ke
belakang. Tepat kepada Karim sambil mengangkat telefon pintarnya.
Cis.
perli aku le tu kata Karim dalam hatinya.
Mana
bilal ni?. getus Karim.
Dilihat
seorang pakcik memasuki ruang makmum menuju kepada pemuda tersebut.
Barangkali
tok siak gumam Karim.
Suara
pakcik sudah cukup kuat untuk Karim mengetahui bahawa pemuda tersebut di
arahkan oleh pakcik tersebut untuk mengalunkan azan. Barangkali pakcik tu kagum
dengan kelunakan suara pemuda itu mengaji.
Pemuda
tersebut bingkas bangun menuju ke mikrofon di sebelah mimbar.
Ketuk-ketuk
mikrofon diiringi dengan dehem. Ujian untuk memastikan mikrofon
berfungsi.
Karim
sudah bersiap untuk sembahyang namun apa yang Karim lihat selepas itu
menakjubkan Karim.
Pemuda
tersebut mengeluarkan telefon pintarnya. Mendekatkan kepada mikrofon lalu
berkumandang lah suara azan dari telefon pintarnya itu.
Tok
siak cepat-cepat tepuk bahu pemuda tersebut.
Dengan
suara yang kuat
"Nak,
azan guna suara kamu bukan dari telefon pintar ye".
Pemuda
tersebut tersengih-sengih memohon maaf.
"Saya
tak hafal azan lah pakcik".
Karim
bingkas bangun menuju ke ruang wuduk. Air sembahyangnya batal sebab terkentut
menahan gelak.