Bila wang menjadi tuhan.
Kapatalis sebenarnya baik
untuk pembangunan sebuah negara akan tetapi jika tidak di layan dengan
baik dan sempurna, kapatalis jugalah yang menjahanamkan sebuah
negara.Berita tentang nasib yang dialami pembantu rumah dari Indonesia
yang dikurung dan dipaksa memakan kertas sebagai survival bagi aku ianya
sudah melampui batas.
Sedangkan kita tahu bahawa isu
ini adalah ibarat "time bomb" perhubungan kedua-dua negara. Ada saja
adegan tarik tali antara kedua-duanya yang menyebabkan secara logiknya,
yang sengsara adalah penghuni kedua-dua negara. Aku menulis bukan atas
dasar menyokong mana-mana ataupun kau mahu cerita dengan aku mengenai
kenegaraan, kau silap.(Kalau mahu cerita tentang semangat kenegaraan,
pergi buktikan di stadium).
Apa sudah tidak ada
hati perut ke, bukan sepatutnya kau semakin kenyang dengan apa yang kaut
tetapi masih tidak lagi mencukupi sehingga kau meletak nilai
kemanusiaan di bawah tapak kaki kau?. Bagi aku, mereka-mereka itu tidak
layak dipanggil manusia,selebihnya sepatutnya tidak perlu wujud pun!.
Bullshit
kalau kau bercerita dengan aku tentang selok belok orang mencari duit
kadangkala perlu dahulukan yang lebih penting, apa dia kawan-kawan?.
Wanglah!.
Kalau
kau benar- benar arif tentang selok belok mencari duit sudah tentukan
kau mahukan yang terbaik dan sepatutnya kau menjadi nadi penggerak
bukannya pemusnah atau dalam bahasa lebih kurang ajar kau menjadi lebih
bangsat. Hanya kerana dalam kepala otak kau tu, tuhan kau tu adalah
wang.
Sepatutnya kau menjadi yang terbaik dan kompetitif supaya
orang lain dapat menikmati kesenangan itu. Susah sangat ke kau nak
berfikir macam tu?.
Bayangkan kalau kau di tempat
mereka?. Apa perasaan kau menjadi orang asing yang berjuang di tanah
orang demi sebuah survival?. Aku marah kerana aku telah lalui proses
kehidupan itu. Kau mampu bangkit seawal pagi, kemudian menyeret bakul,
memetik strawberi dengan
target yang ditetapkan?. Kalau tak sampai, berbakul sumpah seranah masuk ke telinga kau, hanya kerana kau orang luar.
Mengambil
masa yang agak lama itu larut ke dalam kondisi keadaan semasa, berusaha
untuk membina nama demi sebuah kepercayaan. Ada kau fikir macam tu?.
Percayalah,
jika kau masih ada lagi "hati perut", orang akan sentiasa berbudi
dengan kau. Tak kisah walau dekat mana pun kau dicampak. Tolong, wang
memang diperlukan orang tapi bukan orang perlukan wang.
Untuk kedua-dua negara, jadilah sebijak mungkin, kalau bangang juga, tak tahulah aku nak cakap apa lagi. Terima kasih.