Wednesday, August 08, 2012
Nyawa ayah #1
Dua hari lepas. Semasa jemput Ain dari tadikanya. Selepas jemput dia balik, rutin seterusnya ambil adiknya pula, Aleesya di taska.
Kebetulan dalam beg adik ada goodie bag. Yelah, bulan puasa pun masih ada lagi yang menyambut hari jadi, kebiasaan taska adik, semua orang akan dapat goodie bag tersebut.
Adik awal-awal dah sental air kotak.
Kakak puasa, jadi dia hanya belek goodie bag adik dia untuk cari benda apa yang boleh dia cop untuk makan waktu berbuka nanti. Dalam masa yang sama dengarlah dia mengomel sorang-sorang pasal goodie bag tu.
Mula-mula dengar dia mengomel
" Apalah, lima tahun pun tak puasa lagi, buek malu yo" (Ok, Kakak memang dah ada slang Negeri Sembilan sikit).
Aku pun mencelah
"Takpelah kakak, hari ni hari jadi dia, mungkin ibu dia kasi can".
"Yelah tuuuu" balas kakak.
Lepas tu dia jumpa lolipop coklat. Dekat lolipop coklat tu ada gambar orang yang menyambut hari lahir.
Masa ni, aku dah nak terbabas sebab gelak berdekah-dekah bila dengar omelan kakak.
Nak tahu dia cakap apa?.
.
.
.
.
.
"Kelas kau Suriya, hari jadi siap tampal muka kat ceklat".
Kakak o kakak, memang nyawa ayah #1!.
Subscribe to:
Posts (Atom)