Monday, February 14, 2011

Bila awek hantar emel.

Aku dapat emel. Ada sat awek hantar.  Konon dia cakap dia duduk kat England sana tu. Kira dah macam jadi penduduk tetap. Nak kongsi kekayaan dia kat sana dengan aku. Bapak panjang berjela isi emel dia.

Assalamualaikum....

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya SITI NORAISHA ,dan juga warganegara Malaysia.Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya  ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.

Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk SAPHIRE WHITE STONE dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan.Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan  barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.

Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini?  kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .
Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk SAPHIRE WHITE STONE dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.


Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Wassalam...

Gila kau, siapa tak nak duit banyakkan?. Dalam bentuk pound sterling pula tu!. Boleh jadi kaya macam Abdul Wahub!. Aku pun balas emel dia dengan dua perkataan saja.











Abah kau. 


Agak-agak awek tu masih nak kongsi lagi tak duit berkepuk dia dengan aku?.