Thursday, December 31, 2009

Lagi sepuluh tahun

Diam tak diam, lagi sepuluh tahun, Malaysia bertuah ini akan menghampiri wawasannya. Apa akan jadi gamaknya nanti bila tiba saatnya itu eh?. Aku pun sendiri tak boleh nak bayangkan macam mana gayanya nanti.

Mari aku simpulkan tahun 2009 untuk diri sendiri.

Masih lagi bertiga.
Tiada rezeki untuk dapat gaji besar sikit.
Kucar-kacir macam biasa.
Masih belum habis belajar.
Jimat cermat amalan kita.
Aset adalah tambah satu lagi. Bagus.

Bagaimana dengan kalian pula?. Adakah 2009 memberikan yang baik atau sebaliknya. Pokok pangkal kita masih bernafas.

+++

Pukul 4.00 pagi.

2009 masih duduk depan "peti bodoh" menyaksikan acara meraikan dirinya pergi, digantikan dengan sahabat yang seterusnya. Tersengih-sengih 2009 melihat 2010 di julang tinggi-tinggi diikuti sorakan lautan manusia. Teringat dirinya pernah dilakukan sedemekian rupa.  Dia meneguk air susu Anlene sambil mengunyah biskut kesihatan perisa tomato.

Pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu.

"Oiii, bukaklah!".

Dia melangkah malas, membuka pintu.

"Oh, kau rupanya" kata 2009.  Berkerut dahi 2009, sedikit hairan. Apa jadah dia buat kat sini malam-malam buta?.

" Aku mabuklah". kata sahabatnya sambil cuba berdiri tegak, tersenyum sumbing.

"Errrr, sepatutnya 2010 yang balik dalam keadaan mabuk, bukan kau".

"Eh, 2010 punya "turn" ke dulu?" kata sahabatnya itu.

"Yup, muktamad".

"Alamak, hik!, aku ingat aku punya hik!, "turn"lah, tak sabar-sabar nak hik!, bagi kiamat hik!, kat manusia" kata 2012 sambil  merangkak menuju ke sofa.

"Bodoh, mengalahkan manusia dia punya mabuk". gumam 2009. Dia pun lupa yang dia sendiri pernah mabuk macam tahun lepas.

2012 dah terbongkang mengangkang dan berdengkur sampai tak boleh dengar apa yang pengacara dalam "peti bodoh" katakan.

Selamat Tahun Baru!.

Tuesday, December 22, 2009

Nak maju sangat

Bila terlalu mengejar kemajuan untuk setanding dengan yang sememangnya sudah maju (konon), kau lupa pada yang masih belum maju, kau lupa pada yang masih memerlukan.

Berapa kerat saja yang akan bersorak gembira untuk bersama kamu dalam dunia penuh kemajuan kalau masih ada yang sengsara?.

Kemajuan kamu adalah secara kasar, atas permukaan sahaja, semata-mata untuk melindungi "survival" diri sendiri. Realitinya, di bawah sana, ya, nun di bawah sana. Masih ramai lagi yang betul-betul tidak maju, masih perlu pertolongan yang sentiasa diperlukan. Apa dosa mereka sehingga kau melupakannya?.

Fikir balik, sebelum kamu melaungkan bahawasanya kamu sudah maju!.