Wednesday, May 07, 2008

Maaf Segalanya



Kawan-kawan blogger mahupun yang mengenali diri aku ini. Dengan ini, aku menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang pernah aku buat terhadap kalian semua. Halalkan makan dan minum aku. Maaf atas segalanya.

Inilah dia.

"Ultimate soul renovation" aku. Aku akan berlepas pada jam 7.00 pagi esok, Insya-allah jika diizinkan olehNya. Aku bersama permysuri akan menunaikan ibadah umrah. Blog ini akan "hiatus" untuk sementara waktu.

Kalau kalian mahu pesan buku lipas itu, tinggalkan pesanan pada komen mahu pun email aku di akulerdondiyahoodotcom.

Semoga kerahmatan yang aku bakal terima akan memberi manfaat kepada kalian juga. Sekali lagi, andainya rezeki aku di Tanah Suci Mekah terhenti di sana nanti, maafkan aku sekali lagi sahabat, maafkan aku atas semua segala kesalahan ku pada kalian.

Terima kasih.