Tuesday, November 27, 2007

entri separa kebencian

Sudah berapa kali aku mahu bilang sama kau-tahu-siapa yang bahawa jangan ambil serius sangat dengan dunia maya ini?.

Kalau kau dah nak ambil serius sangat, okay, aku pun ambil serius dengan kau!.
Dengar sini baik-baik. Kalau kau rasa dunia maya ini banyak menyusahkan kerana kau tidak boleh terima kami golongan-golongan sosialis cara baru ini bersosial. Tinggalkan kami dengan dunia kami. Kenapa masih lagi tercegat disitu?.

Ini tidak, kau marah dengan entri-entri kami yang tah betul atau tidak dengan hamburan-hamburan tidak berasas kau itu.

Iskh,iskh,iskh.

Sekurang-kurangnya kami masih punyai kelompok yang sudi berkawan sesama kami, sudi berkongsi kisah-kisah silam masa lampau sebelum perang dunia pertama. Kalau kau dah tak suka, kenapa masih tercegat berteleku depan monitor?. Tutup monitor kau tu, pergi lihat dunia luar yang lebih luas. Dunia kami ini kononnya sempit. Kau sendiri yang cakap macam tu kan?.

Sebenarnya, kau sakit hati sebab tak boleh terima cara baru mencari kawankan?. Ini cara baru mencari kawan mahupun lawan. Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan mandi laut masa musim tengkujuh.

Sudahlah kau-tahu-siapa, kalau kau terasa dengan entri aku ini, apa yang aku boleh cakapkan ialah padan muka. Hidup ini bukan untuk menindas mahupun ditindas.

Sebelum itu, aku ada hadiah untuk kau-tahu-siapa. Dua perkataan sahaja.

Fuck you.

Friday, November 09, 2007



Semalam paling best. Dia dah boleh berenang!. Hahahaha. Sayang aku tak bawa kamera lak untuk buktikan pada korang semua. Betul tak tipu!.


Sekian.

Friday, November 02, 2007

skrip

Kalau dah itu jalan ceritanya, nak buat macam mana?