Monday, February 26, 2007

mempersembahkan



Siapa saya?


















Taraaaaaa!!!





Inilah dia buah hati baru aku
Ain Safiyyah bt Abdul Aliff

Lahir pada 21-02-2007

Right on 2.04 pm.

Berat dalam 2.4 kg sebenarnya. Maaf atas berat yang salah tempoh hari.

Err, gambar di atas diambil masa tengah cuci berak. Sebab tu muka toya jek.




Tengah tidur selepas menyusu. 4 hari selepas "kejadian". Dia ingat masih dok dalam perut ummi dia lagi.
Later folks!. Aku nak gi gomol anak aku lagi!
















Thursday, February 22, 2007

hari ini (tapi cerita semalam!)

Ya, ayobkelubi sekarang ialah ayobkelubi yang baru.

ayobkelubi sekarang ialah ayobkelubi yang akan dipanggil ayah!.

Alhamdulillah.

+++

21-2-2007

5.30 pagi

Permaisuri telefon aku.

"Bang, bawak roti untuk sarapan dengan beg "baby" tu. Doktor nak masuk ubat dah ni".

Aku terpisat-pisat sambil mengiyakan semuanya, cuci muka,gosok gigi, jalan terus.

9.30 pagi

Aku terjaga. Tengok jam, eh dah pukul 9.30 pagi. Isteri aku dah bersalin ke belum ni?.

Cuci muka, Mandi, Gosok gigi, Bubuh bedak, Pakai minyak rambut, sarung baju t-shirt baru beli kat Al-ikhsan, Alamanda minggu lepas.

Maklumlah, nak sambut orang baru, baju kena baru!. He he he.

Pergi pejabat pos bayar semua bil dulu.

10.30 pagi

Aku sampai depan "labour room". Periksa nama isteri aku

Nama Ibu Belum Bersalin Sudah Bersalin Masuk Ubat Pemerhatian

1. ..... Sudah
2. .... Belum (Tanda betul)
3. .... Belum (Tanda betul)
4. .... Sudah
5. .... Belum (Tanda betul)
6. ... Belum (Tanda betul)
7. .... Belum (Tanda Betul)
8. Surinah Siron Belum (Tanda Betul)
9. ......

Wah, ini bersalin beramai-ramai ni kang!.

Aku bukak laptop, pasang vcd Goodbye Boys. Duduk bersila dekat ruang menunggu. (Filem yang bagus, nanti aku reviu).

12 tengahari

Permaisuri telefon dari "labour room". Mintak maaf,halal makan minum. Aku sebak. Insya-allah semua selamat.

2.15 petang

"Surinah siron!, Surinah Siron!". Eh macam nama bini aku!.

Aku bergegas masuk ke kaunter bersalin.

"Tahniah encik, isteri encik selamat bersalin dah. pukul 2.04 petang tadi".

Alhamdulillah. Aku senyum sampai ke telinga.

Pap!, aku lupa nak tanya lelaki ke perempuan. Aku masuk balik tanya. Nak tahu dia jawap apa?.

"Takpe, nanti encik tengok sendiri,encik tahu lah".

Hek eleh, boleh camtu pula.

Kawan-kawan

Anak perempuan aku selamat dilahirkan pada jam 2.04 petang di Hospital Besar " besar-besar aircond rosak" Melaka.

Berat dia ialah 2.7 kg. Ummi dia pun selamat dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Nama dia?.

Nanti aku bagitau dengan gambar dia sekali ek?.

Sekarang ni, aku nak pergi ambil dia kat hospital. Mak aku dah panggil. Selamat semua!

p/s : Terima kasih pada semua yang memberikan ucapan. Hargai sangat-sangat!.

Wednesday, February 07, 2007

esok sahajalah


Gambar Spongebob ambil dekat sini