Monday, February 28, 2005

aku,kau dan dia

sungguh tak sangka.asalnya aku tak beberapa rapat dengan kau dan dia.masa tu aku masih lagik dalam mood "aku budak rock".orang lain boleh piss off!.muehehehe

kemudian,apabila disana aku serumah dengan kau.tak sangka sungguh ku tak sangka.kau orang pertama aku jumpa sanggup menangis kerana aku.aku terharu,aku sebak.sejak itu kau dan aku memang orang kenal.memang orang tahu.kalau takde aku,orang tanya kau,kalau takde kau,orang tanya aku.

kau ibarat "ABANG BESAR" kumpulan kongsi gelap kawasan segambut dalam dalam hidup aku.apa-apa perkara yang membuatkan aku jadik jiwang karat makan tanah,aku akan rujuk kau.walaupun hidup kau selalu diselubungi misteri nusantara setiap isnin jam 9.30malam,kau tetap setia.terima kasih aku ucapkan.

dia datang disebabkan dia baik dengan kau.secara automatiknya aku jadik baik dengan dia.mulanya aku tak tahan,geli ketiak dengan peelnya.lama-kelamaan apabila melihat kau begitu tabah dengannya aku.aku pun jadi immune.aku sudah terbiasa dengan dos-dos dari dia.tapi letih ah,kalau dia masuk dalam superdrug or boots.jenuh aku dengan kau jadik tukang ikut bontot dia belek-belek barang-barang remeh-temeh dia!.muehehehe.

dia seolah-olah menjadi adik kecil kepada kita.penghibur dikala aku dan kau berduka ataupun tekanan menghadapi bahasa C.dia juga menjadi tempat aku dan kau melepaskan geram dengan smackdown ala-ala dudley boyz.

itulah.

aku,kau dan dia.kita akan terus jadik begini.walaupun hala tuju kita sudah berbeza tapi aku percaya.kau dan dia juga mempunyai perasaan yang sama.kita akan hargai ini semua sehingga akhir hayat.

aku --- masih lagik dilambung ombak.
kau --- akan berlabuh di pantai yang indah.
dia --- sudah mempunyai dua buah chalet di tepi pantai yang indah.

p/s: kepada kau dan dia --- kalian tahu sapa kalian (anti-klimaks punya ucapan).

Saturday, February 26, 2005

hidup,tunggu

ibarat apa yang berlaku pada viktor navorski(the terminal),begitulah kehidupan.

lifes is waiting

tunggu.

jangan biarkan kehidupan ko tertunggu.jangan biarkan kehidupan ko bersendirian.

biarkan ko yang tertunggu untuk kehidupan seterusnya.

mengerti?

aku?.hmmmmppphhh.

Friday, February 25, 2005

empangan

sebesar-besar empangan pun pasti ada retaknya.retaknya yang tidak diketahui.hanya apabila dia pecah sahaja,barulah semua mengelupur menyelamatkan diri.

pecahnya empangan akan menyebabkan hancurnya kehidupan.kehidupan yang selama ini bergantung pada empangan.empangan menjadi duri dalam daging kepada kehidupan.

p/s: empangan tidak berada pada ampangan negeri sembilan.sila rujuk cikgu geografi anda untuk mengetahui kedudukan empangan yang berada di malaysia.

Thursday, February 24, 2005

jangan lari,kami polis!!

serius,yang ni memang aku serta persatuan penarik beca yang disertai oleh aku akan gelak barai jika cerita ini dibukak kembali.

macam biasa.hari tu tak silap aku hari minggu,penarik-penarik beca akan berkumpul untuk membincangkan aktiviti-aktiviti semasa serta mengira jumlah pendapatan yang boleh di"rolling" balik.

kebetulan hari tu giliran bilik goyang jadik markas perbincangan.

kalau di tempat goyang memang tak sah meeting tanpa lagu background.background theme goyang selalunya album beraneka perisa dari sepultura.bayangkan kami bermesyuarat dengan lagu sepultura di belakang?.mau kena menjerit sambil bercakap!.

kalau di bilik aku,selalunya lagu classmate aku si eddie vedder tu,kalalu bilik raje selalunya lagu-lagu berentak jazz dan blues cam eric clapton.

ok

lupakan lagu tema.balik kepada bilik goyang.

kami bermesyuarat.perlu diingatkan,masa tu persatuan penarik beca ni tak berdaftar,jadik kami buat mesyuarat pun secara tertutup dan terlangkup.takut kena kesan dengan pihak universiti.kalau kena tangkap,kami kena denda tidak boleh duduk dalam hostel,kena menyewa.gila ko,masa tu mana cukup sen nak sewa umah luar!.ahli pun masa tu tak ramai lagik.kami pun rancak berbincang.aku masa tu jadik setiausaha,raje bendahari,bad tonto ceo,awie ketua penaja,tok pat biawak hidup dan goyang selaku tuan rumah.designation kami berubah-ubah mengikut faktor cuaca.

sedang rancak bermesyuarat,tiba-tiba terdengar ketukan di pintu.

siapa?.goyang tanya

kami polis!!.

alamak!.kami panik.takkan universiti panggil polis nak tangkap kami buat persatuan haram?.masa tu semua dah berpeluh.kelam-kabut.kebetulan si bad tonto ceo kami tengah berak dalam tandas.

gedebak-gedebuk.psssssttttt..lagu sepultura senyap terus.

aku tengah panik.dalam panik tu,kami semua terpandang tingkap.alih-alih si raje mengjenguk tingkap dan eh,mamat nie panjat tingkap dengan gaya terjun tiruk dan terus keluar berlari ke belakang blok.

ah sudah,aku cakap!.

bukak pintu,tengok tok pat si biawak hidup gelak barai tahap putus tali perut.

mula-mula aku dengar lagu sepultura kuat gila,alih-alih senyap terus!.tok pat cakap.

hahahahahaha.kami gelak ramai-ramai.kami carik raje.tu diaaaaaaa,kat ujung blok yang keempat!.dari jauh kami nampak.gelak tak ingat punya.dahlah sejuk,berkaki ayam pulak tu!.

sumpah seranah toksah cakap lah!.tapi gaya raje buat terjun tiruk dari tingkap memang kami ingat sampai mati.

persatuan tu dah tamat akibat dari kes itu.kami membuka rumah kelab pulak.itu lain cerita.

kalau korang jumpa sapa-sapa antara ahli persatuan tu,korang tanyalah,mesti mereka akan gelak barai sebagaimana aku yang sedang tersengih jek sambil menulis nie.

jangan tanya raje.mau kena lempang kang dengan dia!.

muehehehehe.

p/s kepada raje:nanti ko ader anak,aku nak citer benda nie kat dia!.

Wednesday, February 23, 2005

apakah tajuk yang sesuai?

masa tu baru seminggu kami sampai di universiti.dibawanya kami berjalan-jalan sekitar universiti.pemandangan universiti memang indah dan menarik.yang menarik perhatian aku dan din ialah buah-buah epal hijau yang sedang ranum bergantungan memanggil kami.

aku pandan din,din pandang aku.ok set! ---telepati antara aku dan din berlansung.

malamnya itu.

mondok ngan sojar gi panjat. (masa ni mondok masih gay lagik,dia tak gila pompuan).

aku dan din cover line kat laundry.anip cover line depan gate.raje cover line kat jalan beso.

grushhh,grusshh,grushhh.

sudah-sudahlah tu.dapat dalam belas-belas biji pun okay dah!.

tiba-tiba lampu terbuka.who's that?.

brummmm!!!.

semua lari.sojar dan mondok terus lompat.aku dan din buat-buat membasuh baju.

jumpa di rumah aku.

chilake betul.sekali pokok epal tu belakang umah principal kita ah!.kenapa tak cakap awal-awal?.

aku dan din pandang memandang.memang kami dah tahu pun! ---teleterapi sedang berlangsung sambil kami semua mengunyah epal hijau yang masa dengan gula!.
muehehehehe.

Tuesday, February 22, 2005

berdebub pang!!!

pergghhhh.aku pun goyang tengok ijoi tadik.tak pernah aku jumpa.mengamuk gila!!.

aku dah kata ngan budak-budak.jangan bagi cikgu awak naik angin.kalau tak berangin dan berasap cikgu-cikginya.ko yang teruk.kan dah kena!.

pergi bantai tidur kat bay,siap buat kuak lentang.memang kenalah se das dua ngan ijoi!.

aku?.main gigit jek!.rasakan!.muehehehe

Monday, February 21, 2005

antara nopit,mengeteh dan menebeng

kalau ko meng"nopit" maksudnya ko kena minum air teh yang direndam bersama-sama dengan cd linux distro KNOPIXX version ikut suka hati ko.

kalau ko mengeteh pastikan ko minum air teh bersama dengan rakan ko yang bernama teh ataupun bapak/mak sedara ko yang pangkat teh yang bekerja diladang teh supaya mereka boleh berceramah atau berMLM dengan ko mengenai kebaikan teh-teh kesihatan yang ada.
(kalau ko minum milo ais,jadi ko kena mengilo ler).

kalau ko menebeng kau kena buka satu topik perbualan yang mempunyai sound efek seperti "beng beng lucky luke" --- ko pernah tengok kartun ni tak?. takpun ko minum dengan ah beng si along berlesen dari segambut dalam.

aku?.takkkk.aku YAMSENGGG jek!!!

Friday, February 18, 2005

selamat tinggal dunia


dengan diiringi lagu "from whom the bell toll"

bila-bila masa sahaja ianya akan tamat.kalau dalam bahasa si mamat http://irwandy.com. kapish!.

muehehehehe.hidup ini ibarat apa-apa yang korang nak jadikan dia!.aku tak kisah,tak amik port langsung!.muehehehehe.

selamat tinggal tripod!.aku ceraikan kau tolak 33 suku.

Thursday, February 17, 2005

kunci jam itu

serius.

kadang-kadang tu susah sangat nak menjemput dia datang tapi tak datang,kalau tak dijemput,ewah berlumba-lumba nak masuk terus menerjah.

payah sangat betul.

aku?.aku benci tripod!.wahahahaha.