Tuesday, February 10, 2009

Apa itu Maskara?

Ok, tahun lepas aku pergi sekali saja, tahun ini aku nak cuba lebih dari sekali pula!. Untung-untung Soljah ada buat cabutan bertuah ker apa ker kan?. Ha ha ha.

Bak kata Clark Kent kawasan Shah Alam. He he he,Kalau datang lambat, alamatnya duduk luar rumah sajalah nak menengok "show-show" yang begitu "brilliantly and superbly done!".

Lepas bersalam-salaman dengan tiga penjaga parking yang berdedikasi, sorang macam peladang lada hitam yang berjaya, sorang macam..errmm,rock star yang parok dan sorang yang macam Faizal Tahir kot aku rasa kot. Aku terus naik atas rumah.

Berlawan ukuran saiz perut dengan Op dan Spyz. Gelak-gelak,kutuk-kutuk lepas tu aku pusing keliling rumah, aku jumpa juga mamat ni!.

Aku ingat lepas aku salam Clark Kent tu, terus tanya dia

"Eh, Horatio hidup lagi ke tidak ni?."

Terus melarat-larat pasal CSI Miami pulak!. Ha ha ha ha!.

(Kami berdua merupakan kipas susah mati Horatio Caine).

Masalah utama aku malam tu ialah, aku kenal sama Saharil, Bang Rudy, Attokz dan pelbagai lagi blogger lain tapi aku segan nak mampus nak salam-salam,tegur-tegur,borak-borak. Otai woooo diaorang tu semua!. Clark Kent pun otai gak tapi sama-sama suka CSI Miami, tu yang takde hal aku belasah tegur saja!. Ha ha ha ha!.

Harap-harap aku dapat pergi lagi ke Maskara ni. Aku nekad, Maskara ke 21, aku nak naik pentas. Betul, aku yang meng"offer"kan diri!. Boleh Bang Naga?. Ha ha ha ha!.

Oh ya, apa itu Maskara?. Lu "google"lah sendiri!. Ha ha ha ha!.

5 comments:

sinaganaga said...

Boleh! :)

cik puan daun said...

aku cuma dengar episod sesat berkali-kali ko secara live.. tapi tak jumpa orangnya plak... apa kes? ahaha

Aku tgh sarat.. tak larat nak kuar2 amik makanan.. jadi mgkn sbb itu aku tak nampak ko..

rudy bluehikari said...

ya allah cikgu ayob oitttt... lenkali tegurrr jerklaaaaaa.... kenalkan diri...mmg terus jadik kawannn dah kenal lama nyerrrrrr

Unknown said...

clark kent dikatanya aku. cet. next maskara csi new season dh start kot..

ayobkelubi said...

bang naga : tq,tq,tq

daun : hahahaha,aku tgk korang kat dlm tgh bergumbira.segan gua nak join lak.

bang rudy : hehehe,lenkali gua wat selamba!

lan kent : hehehehe..kan lu reporter,pakai lak spek.kena lah tu!